Utusan Borneo (Sarawak)

5,000 dos tambahan tampung keperluan Miri

Dos sedia ada habis petang semalam, sambutan orang awam untuk mengawal rabies amat baik: Lee

- Oleh Clare Cinderella

MIRI: Sebanyak 5,000 dos tambahan akan dihantar ke Miri hari ini untuk menampung keperluan di bahagian ini dalam usaha mengawal wabak rabies daripada terus merebak.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin berkata, beliau sudah pun menghubung­i Pengarah Jabatan Veterinar Sarawak, Dr Andrian Susin untuk mendapatka­n tambahan dos berkenaan selepas Miri kehabisan dos semalam.

“Saya telah menghubung­i Dr Andrian hari ini (semalam) untuk mendapatka­n tambahan dos kerana jumlah yang sedia ada sudah dihabiskan petang tadi ( semalam) di bawah program vaksinasi bagi mencegah dan mengawal wabak rabies ini, dengan sambutan amat baik sekali.

“Sejumlah 4,000 anjing sudah diberikan vaksinasi dalam tempoh seminggu ini di tiga lokasi untuk program vaksinasi percuma, termasuk 1,000 yang diberikan vaksinasi di Klinik Veterinar di sini pada minggu lepas,” tambah Lee yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Bencana Bahagian Miri.

Semalam Lee turut mengadakan lawatan dan tinjauan ke tiga lokasi vaksinasi tersebut yang menyaksika­n sebanyak 1,462 anjing diberikan suntikan rabies.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 538 vaksinasi dilakukan di Taman Awam, manakala di Bulatan Pujut, sebanyak 431 anjing menerima vaksinasi dan di Lutong pula sebanyak 493 anjing sehingga jam 3.52 petang semalam.

Sebanyak 397 lesen pemilikan haiwan peliharaan telah dikeluarka­n untuk anjing dengan jumlah kutipan yuran RM1,940, semalam.

Lokasi Lutong mencatatka­n pengeluara­n lesen paling banyak semalam iaitu

Ini menunjukka­n kesedaran di kalangan awam khususnya pemilik anjing semakin meningkat dan usaha ini amat baik sekali dalam membantu kita mengawal wabak rabies yang sudah ” menular ke Miri. Datuk Lee Kim Shin Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan

175 dengan RM842 diikuti dengan Taman Awam di kawasan Riam iaitu 140 lesen dengan kutipan sebanyak RM686, manakala di Taman Bulatan sebanyak 82 lesen dikeluarka­n dengan kutipan sebanyak RM412.

Lee juga memberitah­u, jumlah itu meningkatk­an pengeluara­n lesen yang dibuat pada Sabtu lalu selepas sebanyak 492 lesen dikeluarka­n dengan kutipan yuran sebanyak RM2,336.

Manakala jumlah haiwan peliharaan, anjing yang menerima vaksinasi rabies pada Sabtu lalu ialah sebanyak 489 ekor dari ketiga-tiga lokasi yang sama.

“Ini menunjukka­n kesedaran di kalangan awam khususnya pemilik anjing semakin meningkat dan usaha ini amat baik sekali dalam membantu kita mengawal wabak rabies yang sudah menular ke Miri.

“Terima kasih kepada sokongan awam dan kerjasama pemilik anjing ini. Marilah kita sama-sama berganding bahu memastikan agar Miri bebas daripada rabies dan pada masa yang sama saya turut meminta agar program vaksinasi diteruskan di ketiga-tiga lokasi ini pada hujung minggu depan, Sabtu dan Ahad,” katanya lagi.

Pada 27 September lalu, dua lokasi di Miri, sudah dikesan positif rabies melalui dua sampel yang diuji, menjadikan jumlah keseluruha­n kawasan positif wabak rabies di Sarawak ialah 41.

 ??  ?? SOKONG: Lee (tengah) turun padang untuk memastikan kelancaran program vaksinasi dijalankan oleh Klinik Veterinar di tiga lokasi utama di Miri, semalam.
SOKONG: Lee (tengah) turun padang untuk memastikan kelancaran program vaksinasi dijalankan oleh Klinik Veterinar di tiga lokasi utama di Miri, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia