Utusan Borneo (Sarawak)

PKR tubuh ranting induk N.60 Kakus

-

BINTULU: Parti Keadilan Rakyat (PKR) terus melebarkan sayapnya di negeri ini dengan penubuhan Ranting Induk PKR Dewan Undangan Negeri (DUN) N.60 Kakus telah ditubuhkan, semalam.

Menurut Ketua Cabang PKR Selangau Joshua Jabeng, langkah pengwujuda­n ranting Kakus ini ialah sebagai langkah permulaan mengukuhka­n kedudukan parti berkenaan di kawasan itu.

“Dalam pada itu, ia merupakan langkah awal sebagai persediaan bagi menghadapi pilihan raya negeri yang dijangka diadakan pada 2021 nanti,” ujarnya, sejurus selesainya pelancaran berkenaan di sini.

Setakat ini katanya, 500 penduduk di kawasan Kakus telah menyatakan hasrat untuk menjadi ahli PKR dan dijangka lebih ramai akan menyertai parti berkenaan dalam masa terdekat ini.

“Semua ini jelas membuk- tikan rakyat di kawasan Kakus semakin menerima PKR sebagai salah sebuah parti yang mampu memberikan sinaran baharu buat rakyat di kawasan terbabit, dan ini adalah satu perkembang­an yang baik buat PKR,” ujarnya.

Dalam pada itu katanya, setiap ahli ranting akan menggiatka­n usaha bagi membawa masuk keahlian baru PKR di kawasan DUN Kakus dan ini adalah seba- hagian langkah persediaan menghadapi pilihan raya negeri akan datang.

Ketua Publisiti Ranting Kakus Dana Daling dalam perkembang­an berkaitan berkata, usaha akan terus dilakukan bagi menerangka­n isu tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) kepada penduduk kawasan Kakus bagi memastikan tanah pusaka yang diwarisi daripada nenek moyang itu terus menjadi hak mereka tanpa dapat dipersoalk­an sesiapa pun.

“Dalam masa sama, kita sebagai ahli PKR kawasn Kakus akan terus mengetenga­hkan isu nasional yang berkaitan ekonomi, pendidikan dan sosial demi kebaikan buat penduduk tempatan khususnya yang tinggal di kawasan pedalaman,” ujarnya lanjut.

Ketua Ranting Induk PKR DUN N.60 Kakus Nanggai Unan turut hadir.

 ??  ?? KUKUHKAN JENTERA PARTI: Nanggai (duduk, dua kanan) dan Joshua (duduk, kanan) merakamkan gambar bersama-sama ahli PKR DUN N.60 Kakus sejurus selesainya acara penubuhan ranting parti berkenaan, semalam.
KUKUHKAN JENTERA PARTI: Nanggai (duduk, dua kanan) dan Joshua (duduk, kanan) merakamkan gambar bersama-sama ahli PKR DUN N.60 Kakus sejurus selesainya acara penubuhan ranting parti berkenaan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia