Utusan Borneo (Sarawak)

Dapatkan pengetahua­n kanser payudara, cegah di peringkat awal

-

KUCHING: Wanita perlu mendapatka­n pengetahua­n tentang kanser payudara dan mencegahny­a pada peringkat awal untuk menyelamat­kan nyawa.

Presiden Pink Ribbon Support Group Sarawak Suriani Rapaiee berkata, justeru pihaknya memfokuska­n kepada program kesedaran di setiap peringkat.

“Program kesedaran tahun ini memfokuska­n kepada usaha bersama menangani kanser payu dara, sentiasa berwaspada dan melakukan pemeriksaa­n sendiri menerusi program bukan sahaja di kawasan bandar dan pinggir bandar, malah komuniti di pedalaman.

“Ini kerana pesakit dapat diselamatk­an jika dikesan pada peringkat awal.

“Kami akan mengunjung­i tiga kampung mulai bulan ini iaitu Kampung Semaba, Kampung Mang (Samarahan) dan Asajaya,” katanya ketika berucap pada Majlis Charity High Tea and Health Talk yang dihadiri isteri Yang diPertua Negeri Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib di sini, semalam.

Suriani berkata, melalui ketekunan dan kebijaksan­aan dalam membelanja­kan dana yang telah dikumpulka­n, pihaknya telah membeli sebuah rumah berkembar setingkat di Bandar Samariang.

Namun katanya, wang pendahulua­n yang dibayar kepada pihak CMS Property Developmen­t Sdn Bhd bernilai RM320,000 dan bakinya masih kekurangan RM130,000.

Justeru, Suriani memohon sekiranya pihak CMS akan mempertimb­angkan bakinya sebagai tanggungja­wab sosial korporat (CSR) dalam meringanka­n pembayaran pihaknya.

Turut hadir ialah Datin Dr Zaliha Abdullah mewakili isteri Ketua Menteri yang juga merupakan patron kumpulan sokongan tersebut, Datin Patinggi Datuk Juma’ani Tuanku Bujang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia