Utusan Borneo (Sarawak)

Suri rumah gondol hadiah utama cabutan bertuah sempena DUN 150

-

MUKAH: Seorang suri rumah sepenuh masa menitiskan air mata kegembiraa­n semalam ketika namanya disebut sebagai pemenang hadiah utama cabutan bertuah bersempena Sambutan Ke-150 Dewan Undangan Negeri (DUN).

Roziah Supian@ Kutom Supin, 48, mendapat hadiah utama berupa sebuah motosikal empat lejang yang diidam-idamkan para pengunjung pesta sambutan yang bermula pada 5 Oktober hingga 7 Oktober itu.

“Hati saya ada berasakan hendak menang sesuatu pada hari ini, tapi tak sangka dapat motosikal,” katanya kepada Utusan Borneo sejurus namanya disebut sebagai pemenang cabutan bertuah itu.

Menurutnya, hatinya masih berdebar- debar dan tidak percaya beliau merupakan pemenang paling bertuah pada kali ini.

Beliau yang tinggal di Kampung Tanjung turut meraikan kegembiraa­n tersebut bersama suaminya.

Sementara itu, semalam merupakan acara kemuncak di mana pemenang pertanding­an memancing kategori laut dalam diumumkan serta hadiah turut disampaika­n.

Selain motosikal sebagai hadiah cabutan utama, hadiab-hadiah lain termasukla­h beberapa telefon bimbit serta pelbagai lagi peralatan elektrik.

Semua hadiah disampaika­n Speaker DUN Sarawak Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar.

Turut hadir Timbalan Speaker DUN Sarawak Datuk Gerawat Jala, Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail, ADUN Balingian Abdul Yakub Arbi, ADUN Balingian serta dif-dif kenamaan lain.

 ??  ?? SAYA PUNYA: Roziah ketika menerima motosikal daripada Asfia (lima kiri) semalam.
SAYA PUNYA: Roziah ketika menerima motosikal daripada Asfia (lima kiri) semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia