Utusan Borneo (Sarawak)

DAS masih kurang RM6.5j untuk bina bangunan baharu

Aktiviti mengumpul dana persatuan bukan hanya untuk projek tersebut, tetapi juga biayai kos operasi serta pengurusan

-

KUCHING: Persatuan Disleksia Sarawak (DAS) masih kekurangan RM6.5 juta untuk membina bangunan baharu di Desa Wira, Batu Kawa dekat sini.

Menurut Presiden DAS Dr Ong Puay Hoon, setakat ini persatuan itu hanya berjaya mengumpul RM500,000 daripada aktiviti-aktiviti mengumpul dana termasuk pesta makanan dan jogaton.

Tambahnya, DAS mengumpul dana bukan hanya untuk memenuhi keperluan dana bagi membina projek bangunan persatuan yang dianggarka­n RM7 juta itu, tetapi juga untuk membiayai kos operasi serta pengurusan.

“Kerajaan negeri telah memberikan sebidang tanah seluas 1.5 ekar kepada DAS untuk membina bangunan baharu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas pelepasan peserta ‘Dyslexia Purple Run 2018’ oleh Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah di pekarangan Kompleks Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) semalam.

Dalam perkembang­an berkaitan Dr Ong berkata, disleksia merupakan isu utama dan perlu diselesaik­an dengan cara yang baik kerana jika dibiarkan, ia boleh membawa kapada masalah mental serta sosial yang lain.

Lebih 500 orang menyertai larian yang sejauh lima kilometer itu yang turut diadakan secara maya di Thailand, Indo- nesia, Vancouver Kanada dan Australia.

Sebelum dilepaskan pada jam 6.30 pagi semalam, peserta menyertai sesi memanaskan badan diketuai Vincent Mallang dari Borneonwol­ves.

Sementara itu, Fatimah berkata, DAS sudah sekian lama mengumpul dana dengan menganjurk­an pelbagai aktiviti dengan harapan ramai pihak yang bermurah hati tampil menghulurk­an bantuan agar impian persatuan itu mempunyai bangunan baharu menjadi realiti.

“Persatuan ini telah berusaha keras untuk mengumpul dana bagi membina bangunan baharu tetapi masih belum menca- paikan sasaran ditetapkan. Saya menyokong semua usaha mereka,” katanya.

Tambanya, DAS mengambil inisiatif untuk mengumpul dana bagi membina bangunanny­a yang bersifat kekal di Dewa Wira, berhampira­n bangunan Persatuan Austistik Kuching (PAK).

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai menyokong usaha murni itu kerana konsep bangunan DAS itu akan menempatka­n keperluan individu sama ada kanakkanak atau orang dewasa yang berkeperlu­an khas dari seluruh Sarawak.

Hadir sama penaung DAS Datin Azerina Mohd Arip.

Kerajaan negeri telah memberikan sebidang tanah seluas 1.5 ekar kepada ” DAS untuk membina bangunan baharu. Dr Ong Puay Hoon Presiden DAS

 ?? — Gambar Muhammad Rais Sanusi ?? BERAMAL: Fatimah (lima kanan) bersama Dr Ong (dua kanan), Azerina (enam kanan) serta peserta ‘Dyslexia Purple Run 2018’sebelum larian bermula.
— Gambar Muhammad Rais Sanusi BERAMAL: Fatimah (lima kanan) bersama Dr Ong (dua kanan), Azerina (enam kanan) serta peserta ‘Dyslexia Purple Run 2018’sebelum larian bermula.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia