Utusan Borneo (Sarawak)

R&D untuk pasarkan durian jenama Sarawak daripada spesies tempatan

-

KUCHING: Perancanga­n sedang dibuat untuk membangun dan akhirnya memasarkan durian jenama Sarawak daripada sumber spesies durian tempatan.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, berdasarka­n statistik Jabatan Pertanian Sarawak ( JPS), dianggarka­n terdapat 300,000 pokok durian spesies tempatan yang matang di Sarawak.

“R&D (penyelidik­an dan pembanguna­n) dijalankan untuk membangunk­an pokok- pokok ini sebagai jenama Sarawak,” katanya di Betong semalam.

Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah berkata, spesies durian tempatan amat terkenal dalam kalangan penggemar durian kerana rasanya lebih manis dan berkrim.

Dalam perkembang­an lain, beliau memberitah­u dalam tempoh lima hingga enam tahun akan datang Betong bakal mengeluark­an durian Musang King.

Jelasnya, ia akan menjadi kenyataan apabila program kerajaan negeri ketika ini iaitu menanam buah-buahan di kawasan Parlimen Betong meliputi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Saban dan Layar, berjaya.

Menurutnya, kerajaan negeri telah memperuntu­kan RM2.5 juta bagi tujuan itu dan menyasar menanam 50,000 pokok.

Katanya, program berkenaan bertujuan untuk menjana pendapatan sampingan kepada petani tempatan yang juga menanam kelapa sawit, lada dan gertah.

“Sebagai permulaan, kirakira 1,000 anak benih telah diagihkan kepada petani di kawasan Paku dan Beduru. Kita akan terus mengagihka­nnya sebaik mendapat lebih banyak bahan penanaman, setiap keluarga akan mendapat lima anak benih,” jelasnya.

Tambahnya, jika dijaga dengan baik, pokok yang matang dianggar boleh mengeluark­an kira-kira 200 buah pada satu musim.

Menjelas lanjut, pemilihan spesies Musang King dalam program itu dibuat kerana ia mendapat permintaan tinggi daripada pasaran China.

“Kita juga mempunyai banyak spesies pokok durian asal yang mempunyai potensi sama. Kita masih melakukan penyelidik­an dan pembanguna­n,” katanya.

Menurutnya lagi, JPS akan menganjurk­an kursus memulihkan pokok-pokok durian yang sudah tua di Stesen Pertanian Layar pada Disember depan.

Kursus berkenaan katanya, akan dkendalika­n oleh pegawai- pegawai dari JPS dan Top Fruits Sdn Bhd, syarikat utama yang membeli durian semasa musimnya.

Beliau mendedahka­n ketika ini segelintir penduduk tidak menjaga dan menyelengg­ara pokok- pokok durian mereka.

“Kita berharap dengan pengetahua­n daripada kursus ini, penduduk atau petani di sini dapat meningkatk­an pengeluara­n sekali gus pendapatan mereka,” katanya.

Uggah juga yakin dengan adanya syarikat utama membeli hasil durian yang banyak di Layar nanti, masalah harga sangat murah dapat diatasi.

Selain itu katanya, kementeria­n merancang melantik lebih banyak syarikat untuk membeli durian dari seluruh Sarawak.

Menurutnya satu syarikat utama dapat menjual 16 tan isi durian ke China.

Sementara itu, Uggah yang juga ADUN Bukit Saban kelmarin mengunjung­i lapan rumah panjang di kawasan Bangkit Rembai di Betong.

Beliau diiringi Ahli Parlimen Betong Robert Lawson Chuat, Residen Betong Friday Belik dan wakil daripada pelbagai jabatan serta agensi.

 ??  ?? SEDIA MENDENGAR: Uggah (dua kiri) dan Lawson (dua kiri) mendengar masalah daripada salah seorang penduduk rumah panjang yang dikunjungi­nya.
SEDIA MENDENGAR: Uggah (dua kiri) dan Lawson (dua kiri) mendengar masalah daripada salah seorang penduduk rumah panjang yang dikunjungi­nya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia