Utusan Borneo (Sarawak)

Prasarana sukan dan riadah dijangka dibangun di bawah Projek Darul Hana

-

KUCHING: Prasarana sukan dan riadah antara komponen penting yang dijangka dibangunka­n secara bersepadu di bawah Projek Darul Hana untuk manfaat golongan belia terutama di kawasan Seberang Hilir.

Menteri Muda Elektrik Luar Bandar Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, pembanguna­n prasarana sukan dan riadah untuk belia dan masyarakat Seberang Hilir adalah terbatas disebabkan kekangan tanah.

Sebab itu katanya, kemudahan sukan seperti padang futsal tidak dapat dibangunka­n di setiap kampung di kawasan Seberang Hilir.

“Untuk sementara kita bangunkan padang futsal di belakang Seberang hilir untuk kegunaan bersama.

“Tetapi jika pihak pengurusan Darul Hana bersetuju kita akan bangunkan prasarana sukan dan riadah ini dalam kawasan pembanguna­n Darul Hana dengan lebih teratur,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan daripada peserta pada sesi sembang belia sempena Program Transforma­si Belia ‘Kawan Ku Sayang Keluarga Ku Kenang’ di Pusat Hidupan Liar Matang di sini semalam.

Program tersebut merupakan anjuran Kementeria­n Pelanconga­n, Keseniaan, Kebudayaan, Belia dan Sukan dengan kerjasama SABERKAS Cawangan Pantai Damai.

Pada sesi sembang belia tersebut, Dr Abdul Rahman juga mahu sukan silat di kawasan Seberang Hilir diperkasak­an lagi.

Bagi tujuan tersebut, beliau akan membantu dari segi penyediaan alatan silat seperti tikar getah untuk ahli-ahli silat berlatih dan peralatan lain yang diperlukan.

Beliau turut menggalakk­an golongan belia di kawasan Seberang Hilir dan Pantai Damai amnya supaya menyertai kumpulan-kumpulan silat sedia ada untuk memperkasa­kan lagi seni silat ini.

Bagi mengelak para belia daripada terlibat dalam kegiatan yang tidak berfaedah, Dr Abdul Rahman turut menggalakk­an penyertaan mereka dalam aktiviti berbentuk keusahawan­an dan pelanconga­n.

Katanya, kawasan Seberang Hilir mempunyai banyak keunikan dan keistimewa­an yang boleh dipromosik­an oleh para belia menerusi platform media sosial.

Dengan cara ini katanya, mereka bukan sahaja dapat menarik kedatangan orang ramai ke kawasan Seberang Hilir dan pada masa yang sama, membuka peluang keusahawan­an kepada belia sendiri.

Katanya, inisiatif yang sama telah dibuat oleh belia di Telaga Air yang mana telah berjaya menarik kedatangan ramai pengunjung ke Telaga Air.

Justeru, beliau mahu belia di Seberang Hilir mengambil inisiatif serupa untuk memajukan lagi kawasan mereka dan yang penting memberikan imej baik kepada mereka.

 ??  ?? SEMBANG SANTAI: Dr Abdul Rahman menjawab pertanyaan peserta sembang belia sempena Program Transforma­si Belia ‘Kawan Ku Sayang Keluarga Ku Kenang’ di Taman Hidupan Liar Matang di Kuching semalam.
SEMBANG SANTAI: Dr Abdul Rahman menjawab pertanyaan peserta sembang belia sempena Program Transforma­si Belia ‘Kawan Ku Sayang Keluarga Ku Kenang’ di Taman Hidupan Liar Matang di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia