Utusan Borneo (Sarawak)

Teruskan program ‘Kawan Ku Sayang Keluarga Ku Kenang’: Dr Abd Rahman

-

KUCHING: Program Transforma­si Belia ‘ Kawan Ku Sayang Keluarga Ku Kenang’ wajar diteruskan untuk menarik penglibata­n lebih ramai belia.

Menteri Muda Elektrik Luar Bandar Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, program itu menumpukan kepada usaha untuk memperkasa­kan belia.

Justeru, beliau menyokong penuh penganjura­n program itu dengan melibatkan para belia dari pelbagai latar belakang di negeri ini.

“Saya percaya mereka yang menyertai program ini telah didedahkan dengan pelbagai perkara ke arah pembentuka­n belia yang lebih bertanggun­gjawab.

“Jadi saya mahu anda (pe- serta program) menjadi contoh teladan kepada rakan-rakan anda yang lain berbekalka­n apa yang telah anda pelajari sepanjang menyertai program ini,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penangguha­n program tersebut yang berlangsun­g di Taman Hidupan Liar Matang di sini, semalam.

Bercakap mengenai program tersebut, ia merupakan anjuran Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan dengan kerjasama SABERKAS Negeri Sarawak dan SABERKAS Cawangan Pantai Damai.

Seramai 91 belia dari kawasan Pantai Damai menyertai program tersebut yang berlangsun­g selama tiga hari dari 5 hingga 7 Oktober.

Program itu merupakan program berbentuk motivasi belia yang menggunaka­n pendekatan lebih santai dengan modul diilhamkan khas untuk menarik minat golongan belia dan remaja.

Antara objektif program ialah memberi kesedaran, informasi, peluang, kasih sayang dan menyemai nilai- nilai murni dalam kalangan belia.

Ia juga bertujuan membantu peserta lebih mengenal jati diri, memahami erti menyayangi kawan dan keluarga yang sebenar dan memupuk semangat perpaduan serta berpasukan yang mantap di kalangan peserta.

 ??  ?? BERMANFAAT: Peserta Program Transforma­si Belia ‘Kawan Ku Sayang Keluarga Ku Kenang’ merakamkan gambar bersama Dr Abdul Rahman serta jemputan lain.
BERMANFAAT: Peserta Program Transforma­si Belia ‘Kawan Ku Sayang Keluarga Ku Kenang’ merakamkan gambar bersama Dr Abdul Rahman serta jemputan lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia