Utusan Borneo (Sarawak)

Guru, ibu bapa perlu berganding bahu lahir modal insan cemerlang

-

ENGKILILI: Warga pendidik dan ibu bapa harus berganding bahu serta tidak meletakkan tanggungja­wab mendidik di bahu sebelah pihak untuk melahirkan modal insan cemerlang bukan sahaja dari segi akademik dan kokurikulu­m malah sahsiah.

Sehubungan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili Dr Johnical Rayong Ngipa tidak mahu ibu bapa menjadikan kesibukan mencari rezeki atau jauh dari sekolah sebagai alasan untuk tidak mengambil peduli prestasi pelajaran anak-anak mereka.

“Jangan membiarkan guruguru berseorang­an mengajar anak-anak kerana ia adalah tugas bersama. Maju mundur prestasi mereka adalah hasil gandingan kedua-dua pihak,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Merarau SK Sedarat di Dewan Kecil Masyarakat Engkilili, di sini semalam. Hadir sama Pegawai Pendidikan Daerah Lubuk Antu Vevein Mujah.

Dr Rayong berkata, untuk mencapai matlamat tersebut para guru harus mengadapta­sikan cara pembelajar­an moden dan tidak tertumpu dalam kelas semata- mata, sebaliknya melibatkan pembelajar­an di luar kelas.

“Ini bagi meningkatk­an cara pengajaran lebih berkesan serta menekankan perkembang­an potensi pelajar secara holistik dan bersepadu,” katanya.

Bercakap lanjut, Dr Rayong mahu sistem pelajaran hari ini turut mengambil kira keperluan menguasai kemahiran semasa seperti teknologi maklumat, menguasai lebih satu bahasa terutama bahasa Inggeris serta kebolehan berfikir secara analitikal, kritikal dan kreatif.

“Ini menjadikan pelajar yang dilahirkan kelak bukan sahaja memenuhi piawaian yang ditetapkan kementeria­n pendidikan negeri, malah menjadikan pelajar tersebut rebutan di pasaran kerja dalam dan luar negara,” tegasnya.

Ujarnya, bagi pelajar yang lemah dalam pelajaran perlu digalak serta diberi panduan untuk memasuki sekolah vokasional untuk membentuk kemahiran mengikut minat dan bakat mereka.

“Jika mereka minat bertukang, ada kemahiran membuat bakeri, berbakat dalam seni kecantikan dalam dan luaran dan sebagainya, pelajar tersebut perlu diberi panduan mengikut kecenderun­gan masing-masing dan ini secara tidak langsung mengelakka­n keciciran pelajar dalam usia muda,” tegasnya.

Berkenaan sekolah daif di DUN Engkilili, beliau akan membawa isu tersebut kepada Kementeria­n Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi di bawah Dato Sri Michael Manyin Jawong supaya dana dapat diagihkan untuk tujuan baik pulih sekolah usang.

“Saya faham bahawa andainya kita mahu melahirkan pelajar cemerlang akademik, kokurikum dan baik sahsiahnya, sekolah wajar menyediaka­n suasana pembelajar­an yang kondusif, selesa untuk proses pembelajra­n dengan dilengkapi kemudahan prasarana termasuk asrama dan kediaman guru selesa didiami,” katanya.

Mengulas lanjut, Dr Rayong mahu Kementeria­n Pendidikan Malaysia tidak lepas pandang dan mengutamak­an kedaifan semua sekolah di Sarawak termasuk menyediaka­n dana mencukupi untuk membaik pulih sekolah daif di Sarawak.

“Saya sangat sensitif berkenaan isu ini kerana bagaimana kita mahu melahirkan pelajar pintar, berwawasan dan memenuhi ‘value system’ jika prasarana sekolah daif?” katanya dan menambah DUN Engkilili mempunyai 18 sekolah dan rata-rata terletak di luar bandar dan daif bukan sahaja kelas, makmal, asrama dan rumah guru using, malah kekurangan bahan untuk pengajaran.

Terdahulu, beliau turut menyampaik­an hadiah insentif kepada pelajar cemerlang peperiksaa­n Ujian Penilaian Sekolah Rendah ( UPSR) 2017.

Pada majlis sama, Dr Rayong mengumumka­n bantuan pembinaan dewan terbuka untuk SK Sedarat bernilai RM50,000 yang dilaksanak­an menerusi RTP beliau bagi tahun 2019.

Manakala, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah menerima RM7,000 sebagai dana untuk menjalanka­n aktiviti sekolah.

Hadir sama Guru Besar Lewis Nyamon, YDP Dabong Bauk, Timbalan YDP Donny Bagor, kaunselor, guru-guru, ibu bapa dan tetamu jemputan lain.

 ??  ?? APA KHABAR?: Dr Rayong bersalaman dengan hadirin yang menunggu ketibaan beliau dan rombongan. Turut kelihatan ialah Vevein (dua kiri) dan Lewis (belakang) serta yang lain.
APA KHABAR?: Dr Rayong bersalaman dengan hadirin yang menunggu ketibaan beliau dan rombongan. Turut kelihatan ialah Vevein (dua kiri) dan Lewis (belakang) serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia