Utusan Borneo (Sarawak)

Berpecah belah hanya melambatka­n pembanguna­n Marudi, kata Penguang

-

TINJAR: Penduduk rumah panjang di kawasan Dewan Undangan Negeri ( DUN) Marudi diingatkan agar tidak lagi berpecah-belah kerana ia hanya melambatka­n proses pembanguna­n di situ.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi Datu Dr Penguang Manggil berkata, perpecahan juga menyebabka­n kerajaan khususnya wakil rakyat sukar menyalurka­n bantuan dan melaksanak­an projek pembanguna­n.

“Nasihat saya semua rumah panjang di kawasan Marudi memberikan kerjasama erat untuk melancarka­n pembanguna­n yang sudah dirancang,” katanya berucap pada program ‘walkabout’ di beberapa rumah panjang di sekitar Tinjar kelmarin.

Penguang yang juga Menteri Muda Kerajaan Tempatan menambah, peruntukan pembanguna­n terutama di bawah Program Transforma­si Luar Bandar (RTP) dan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) akan diagihkan secara adil ke semua kawasan N76.

Semasa program walkabout yang diadakan secara rutin pada hujung minggu ini, Penguang turut merasmikan Gereja Sidang Injil Borneo (SIB) Sungai Nat di Ulu Teru, Tinjar.

Gereja itu dibangunka­n menggunaka­n gabungan pe- runtukan dari Unit Hal Ehwal Agama-agama Lain (UNIFOR) dan MRP N76.

Penguang turut melawat Rumah Ugak Kalang di Sungai Nat, Ulu Teru, Tinjar dan di sana beliau mengumumka­n Projek RTP membaik pulih jalan masuk ke Rh Seman bernilai RM106,000 dan membina jambatan konkrit menyeberan­gi Sungai Nat bernilai RM159,000 yang akan dilaksanak­an pada tahun ini.

Bagi membantu Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung Rh Ugak membaikpul­ih rumah panjang mereka, Penguang turut mengumumka­n peruntukan MRP berjumlah RM15,000 kepada JKKK mereka dan RM3,000 kepada Biro Wanita.

Beliau turut melawat Rh Arik China di Sungai Malang dan mengadakan sesi randau bersama tuai-tuai rumah di sana.

Manakala pada sebelah petang, Penguang merasmikan kejohanan bola sepak terbuka anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Lepong Ajai dan mengumumka­n peruntukan MRP RM10,000.

Hadir sama isteri beliau Datin Monica Ukong Jaya dan Setiausaha Politik kepada Ketua menteri Alexander Asing Sadai dan tuai-tuai rumah serta ketua masyarakat Marudi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia