Utusan Borneo (Sarawak)

30 mahasiswa UPMKB sertai program ‘outreach’ di SK Ulu Segan

-

BINTULU: Seramai 30 sukarelawa­n mahasiswa dari Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) mengadakan Program Putra Outreach 1.0 @ Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Segan di sini, baru-baru ini.

Program itu juga turut disertai guru-guru sekolah, ibu bapa dan 147 murid tahun lima dan tahun enam dari lapan sekolah sekitar Bintulu.

Program tersebut telah dirasmikan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Ulu Segan Ridhwan Hashim Abdullah dan Guru Besar SK Ulu Segan Yahya Piduman.

Program kali ini UPMKB telah memilih lokasi sekolah yang tidak mempunyai sambungan bekalan elektrik untuk berkongsi maklumat berkaitan solar serta demo pemasangan sistem solar, di samping mengadakan aktiviti sampingan bersama pihak PIBG sekolah dan pengurusan sekolah tersebut yang jaraknya 35 kilometer (km) dari UPMKB.

Jurucakap UPMKB berkata, Program Putra Outreach 1.0 merupakan program khidmat pelajar UPMKB dan Majlis Tertinggi Mahasisiwa Kolej Sri Rajang UPMKB yang diketuai Priscilla Preyanka sebagai pengarah program dan Felo Kolej Sri Rajang Azizah Abdul Manaf yang menjadi penasihat.

“Program tersebut turut disokong dan dijayakan oleh pelbagai pihak yang telah tampil memberikan sumbangan wang tunai mahu pun keperluan lainnya,” ujarnya dalam kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, pelbagai aktiviti telah dilaksanak­an sepanjang program itu, antaranya, ceramah berkaitan tenaga solar yang disampaika­n Pensya- rah Kanan Jabatan Sains Asasi dan Kejurutera­an UPMKB Dr Fatin Hanna Naning@Zin, demonstras­i pemasangan sistem solar oleh Pembantu Pertanian Taman Pertanian Universiti UPMKB Shamsuddin Yatim dan perkongsia­n ilmu penghasila­n kompos dan baja foliar oleh pelajar UPMKB.

Selain itu katanya, khidmat yang turut diberikan adalah penanaman anak pokok buah sekitar kawasan sekolah, penjualan dan promosi hasil ladang UPMKB dan menaik taraf pondok wakaf menunggu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia