Utusan Borneo (Sarawak)

Fahami aspirasi untuk mendapatka­n hak menjaga dan mentadbir sendiri, bukannya keluar daripada Malaysia: Hasbi

- Oleh Mastura Ismail

LIMBANG: Rakyat di negeri ini perlu memahami dan menyokong usaha Sarawak dan Sabah untuk mendapatka­n kuasa autonomi daripada kerajaan Pakatan Harapan (PH) seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia (MA63) 1963.

Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah berkata, Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad sebelum ini turut memberi jaminan Malaysia Baharu yang dipimpin PH akan mengembali­kan status Sabah dan Sarawak sebagai rakan sekutu dalam Malaysia.

“Rakyat perlu faham bahawa Sabah dan Sarawak ingin mendapatka­n kuasa autonomi untuk menjaga dan mentadbir sendiri seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963, bukannya untuk keluar daripada persekutua­n Malaysia,” katanya pada Majlis Makan Malam anjuran Jawatankua­sa Kemajuan Kampung dan Persatuan Ketua Masyarakat Batu Danau di sini malam kelmarin.

Oleh itu kata Hasbi, rakyat di negeri ini perlu faham dan menyokong usaha kerajaan negeri yang masih mengadakan perbincang­an dengan kerajaan persekutua­n.

Pada masa sama katanya, Sarawak yang ditadbir kerajaan GPS di bawah Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg juga menyatakan pendirian jelas untuk menjalin hubungan mesra degan kerajaan persekutua­n baharu.

“Pendirian untuk menjalin kerjasama dengan mesra ini sekali gus menafikan maklumat tidak tepat yang banyak dilaporkan dalam media sosial mengenai hubungan Sarawak dan PH,” ujarnya lagi.

Katanya lagi, hubungan dan kerjasama mesra in penting bagi memastikan Sarawak terus stabil selain memastikan hak Sarawak terus diperjuang- kan.

Dalam pada itu, Hasbi juga mahu ketua masyarakat yang dilantik sebagai pemimpin di peringkat akar umbi untuk terus menjalanka­n amanah dan peranan sebaiknya sekali gus memastikan kawasan masingmasi­ng membangun.

Hadir pada majlis itu ialah ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang, Pegawai Daerah Limbang Superi Awang Said, Temenggong Willie Marum Liaw, Pengerusi Pengelola Pemanca Jun Silah dan tetamu lain.

 ??  ?? TERIMA KASIH: Hasbi (empat kiri) menerima cenderamat­a yang disampaika­n ketua masyarakat di konstituen­si Batu Danau. Kelihatan sama Superi (dua kiri), Paulus dan tetamu lain.
TERIMA KASIH: Hasbi (empat kiri) menerima cenderamat­a yang disampaika­n ketua masyarakat di konstituen­si Batu Danau. Kelihatan sama Superi (dua kiri), Paulus dan tetamu lain.
 ??  ?? TURUN PADANG: Harden (tengah) diiringi Abdul Samad (dua kanan) serta ketua masyarakat yang lain meninjau tapak projek RTP untuk Surau An-Nur, RPR Sri Aman pagi semalam.
TURUN PADANG: Harden (tengah) diiringi Abdul Samad (dua kanan) serta ketua masyarakat yang lain meninjau tapak projek RTP untuk Surau An-Nur, RPR Sri Aman pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia