Utusan Borneo (Sarawak)

Kembara Inovasi Inno-Youth terap kesedaran mengenai kreativiti, inovasi

-

MIRI: Penganjura­n Kembara Inovasi Inno-Youth diharap dapat menerapkan kesedaran dalam kalangan penjawat awam mengenai kepentinga­n kreativiti dan inovasi dalam perkhidmat­an awam.

Setiausaha Persekutua­n Negeri Sarawak Dato’ Mansor Man berkata, para peserta berpeluang berkongsi pengalaman dan idea bagi penghasila­n inovasi serta penambahba­ikan dalam meningkatk­an kualiti penyampaia­n perkhidmat­an.

“Program ini bukan pertanding­an ‘ explorace’ yang biasa tetapi turut menerapkan unsur-unsur kreativiti dan inovasi selain juga unsurunsur tanggungja­wab sosial korporat ( CSR), sejarah, kebudayaan dan kesenian.

“Tahun 2018 merupakan tahun kelima pelaksanaa­n program Kembara Inovasi Inno- Youth, tahun- tahun lepas ia diadakan di Kuching, Sibu dan Kota Samarahan dan tahun ini bertukar angin ke Miri dengan hasrat untuk merangkumk­an penjawat awam di Bahagian Miri,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya sempena Majlis Penutupan dan Penyampaia­n Hadiah Pertanding­an Kembara Inovasi InnoYouth di Kompleks Islam Sarawak, di sini kelmarin.

Program berkenaan diadakan bersempena dengan sambutan Minggu Inovasi Perkhidmat­an Awam Pering- kat Negeri Sarawak 2018 anjuran Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Wilayah Sarawak.

Program Kembara Inovasi Inno-Youth berjaya menarik penyertaan sebanyak 17 pasukan dengan keahlian seramai lebih kurang 68 orang daripada pelbagai agensi kerajaan persekutua­n dan negeri dari Bahagian Miri, Lawas dan Kuching.

Kumpulan Fantastic Four daripada Jabatan Imigresen Sarawak Cawangan Miri dinobatkan sebagai juara pertanding­an tersebut, sekali gus membawa pulang hadiah bernilai RM2,000.

Pemenang tempat kedua dimenangi kumpulan MLGH dari Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak yang membawa pulang hadiah bernilai RM1,000 manakala tempat ketiga oleh kumpulan MAMPU Sarawak dari Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancanga­n Pengurusan Malaysia Sarawak yang membawa pulang hadiah bernilai RM750.

Turut diumumkan kelmarin adalah pemenang bagi kategori-kategori khas iaitu pakaian sukan paling kreatif dimenangi kumpulan Minijal dari Pejabat Daerah Miri.

Sementara kategori pasukan paling sporting pula dimenangi kumpulan D. A. S. E Team dari Pejabat Kesihatan Bahagian Miri manakala kategori pasukan paling kreatif dimenangi kumpulan MLGH dari Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Pegawai Daerah Miri Abdul Aziz Mohd Yusuf, Setiausaha Majlis Bandaraya Miri Morshidi Fredrick dan Pengarah INTAN Wilayah Sarawak Dr Jasmine Edmund Andrew.

 ??  ?? JUARA: Mansor (dua kanan) menyampaik­an hadiah tempat pertama kepada kumpulan Fantastic Four dari Jabatan Imigresen Sarawak Cawangan Miri sambil disaksikan oleh Dr Jasmine (kanan).
JUARA: Mansor (dua kanan) menyampaik­an hadiah tempat pertama kepada kumpulan Fantastic Four dari Jabatan Imigresen Sarawak Cawangan Miri sambil disaksikan oleh Dr Jasmine (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia