Utusan Borneo (Sarawak)

Pusat Agape Sibu sasar 10,000 kanakkanak OKU berdaftar dalam 10 tahun

-

SIBU: Seramai 10,000 kanakkanak kelainan upaya disasar akan berdaftar dengan Pusat Agape Sibu dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Bendahari Persatuan Untuk Kanak-Kanak Istimewa Sibu (ACSN) Jimmy Sim Song Jin berkata, setakat ini seramai 6,000 golongan tersebut telah berdaftar dengan Pusat Agape Sibu.

“Kita percaya bilangan ini akan bertambah sekurangku­rangnya 10 peratus setahun.

“Kalau 10 tahun lagi, pendaftara­n akan menjangkau 10,000 orang,” ujarnya pada Program Hari Keluarga Pusat Agape Sibu dan Jalinan Kasih Usahawan Sosial Bersama Kanak-Kanak Istimewa di sini, kelmarin.

Program ini dianjurkan bersama oleh ACSN dan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Sibu dan ditaja oleh Unit Keusahawan Politeknik Mukah menerusi Young Socialpren­eur 2.0 Programme (YS2P).

Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling menyempurn­akan majlis penutupan program dan menyampaik­an hadiah kepada para peserta.

Turut hadir Timbalan Pengarah Politeknik Mukah (Sokongan Akademik) Iskandar Reduan.

Dengan bilangan yang ramai itu, Sim turut melahirkan kebimbangn­ya bahawa pusat sedia ada tidak akan dapat menampung kanak- kanak berkenaan dari segi peralatan latihan dan bangunan.

“Semua kekurangan itu memerlukan dana yang besar kerana kita mesti menyediaka­n perkhidmat­an terbaik kepada mereka,” tegasnya.

Sim mendedahka­n, pendapatan Pusat Agape Sibu adalah datang daripada sumbangan orang ramai.

“Itu sebab itu, kita merayu wakil rakyat kita di sini untuk melanjutka­n masalah kita ini kepada kerajaan pusat.

“Kita berharap kerajaan pusat dan kerajaan negeri dapat mencari jalan bagaimana untuk membantu pusat kita ini agar ia dapat memberi keselesaan kepada kanakkanak yang berdaftar di sini,” jelasnya.

Selain menyediaka­n perkhidmat­an dan keadaan sekeliling yang selesa katanya, pusat tersebut kini merancang untuk melaksanak­an pemindahan koklear bagi 10 kanak-kanak.

“Program ini menelan perbelanja­an yang besar iaitu dianggarka­n RM70,000 seorang. Jika 10 orang, ia membabitka­n kos sebanyak RM700,000.

“Justeru, bantuan kerajaan tidak kira kerajaan pusat mahupun negeri, badan bukan kerajaan (NGO) serta orang ramai amat kita alu-alukan,” tambahnya.

 ??  ?? IKHLAS: Ling (tiga kiri) sambil disaksikan oleh Iskandar (kiri) dan Sim (dua kiri) ketika menyampaik­an sumbangan kepada kanakkanak kelainan upaya di Sibu, kelmarin.
IKHLAS: Ling (tiga kiri) sambil disaksikan oleh Iskandar (kiri) dan Sim (dua kiri) ketika menyampaik­an sumbangan kepada kanakkanak kelainan upaya di Sibu, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia