Utusan Borneo (Sarawak)

120 peserta menjayakan larian ‘ Tribute To Bomba’

-

MIRI: Kira-kira 120 peserta terlibat menjayakan larian ‘Tribute To Bomba’ anjuran Miri Runners Club yang berlangsun­g di Marina Park City Miri semalam.

Larian tersebut diadakan bagi menghargai pengorbana­n, perjuangan dan jasa yang dicurahkan oleh anggota bomba kepada masyarakat.

Selain itu, ia bagi memperinga­ti enam anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) yang lemas ketika menjalanka­n operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja berusia 17 tahun yang terjatuh di bekas lombong berhampira­n Taman Putra Perdana Puchong, Rabu lalu.

Larian itu turut disertai oleh anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Miri dan Lopeng.

Sehubungan itu, Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 6 Miri, Penguasa Kanan Bomba (PgKB) 1 Law Poh Kiong mewakili anggota bomba di sini berterima kasih dan menghargai penganjura­n larian tersebut.

“Kami amat terharu dan bangga dengan penganjura­n larian ini khususnya melibatkan warga Miri, bukan sahaja menghargai pengorbana­n anggota bomba malah usaha tersebut adalah terpuji.

“Pada program ini, penganjur turut mengadakan kutipan derma untuk arwah Yahya Ali iaitu salah seorang anggota PPDA yang terkorban.

“Sumbangan tersebut akan disampaika­n kepada ahli keluargany­a di Kampung Tian, Matu Mukah,” katanya.

Law berkata, larian itu turut bermakna kepada bomba dengan peserta memakai baju-T sempena Larian Bomba dari 2015 hingga 2018.

Hadir sama memberi sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Piasau Datuk Sebastian Ting.

 ??  ?? SUMBANGAN: Pengerusi Penganjur Mathew @ Mohd Firdaus (Laksa Runners) menyerahka­n kotak derma kepada Law (enam kanan) untuk disampaika­n kepada keluarga arwah Yahya Ali selepas larian ‘Tribute to Bomba’ semalam.
SUMBANGAN: Pengerusi Penganjur Mathew @ Mohd Firdaus (Laksa Runners) menyerahka­n kotak derma kepada Law (enam kanan) untuk disampaika­n kepada keluarga arwah Yahya Ali selepas larian ‘Tribute to Bomba’ semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia