Utusan Borneo (Sarawak)

Sahabat PEMADAM tangani isu dadah Bantu pihak sekolah sebar luas ancaman, masalah dadah dalam kalangan pelajar

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

BINTULU: Golongan pelajar yang mempunyai daya kepimpinan mampu berperanan sebagai penggerak untuk menyebar luas maklumat berkaitan bahaya dadah kepada rakan-rakan di sekolah mereka, kata Pegawai Daerah Bintulu Mataip Sayu.

Justeru katanya, pengwujuda­n Sahabat Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) amat bertepatan dengan usaha tersebut.

Mataip yang juga Pengerusi PEMADAM Daerah Bintulu berkata, semangat dan komitmen golongan pelajar membuktika­n semua pihak sedang bergerak tangkas untuk memerangi gejala dadah di negara ini.

Katanya, statistik pelajar terlibat dadah di Sarawak untuk tempoh Januari hingga Jun tahun ini merekodkan peningkata­n mendadak.

“Pelajar tersebut adalah mereka yang baharu mencuba dadah serta belum terlambat untuk dipulihkan. Dengan peningkata­n ini bayangkan apa yang akan terjadi kepada generasi muda sekiranya masalah dadah ini tidak dibendung?” ujarnya pada majlis penutupan rasmi Program Sahabat PEMADAM Daerah Bintulu di Pusat Islam Universiti Putra Malaysia (UPM) Kampus Bintulu semalam.

Beliau mewakili Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan merangkap Pengerusi PEMADAM Negeri Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Program tiga hari dua malam bermula 5 Oktober

Dengan peningkata­n ini bayangkan apa yang akan terjadi kepada generasi muda sekiranya masalah dadah ini tidak dibendung?.” Mataip Sayu Pegawai Daerah Bintulu

lalu itu anjuran Persatuan Bimbingan dan Kauseling Sekolah Menengah Zon Bintulu, PEMADAM Negeri Sarawak dan Daerah Bintulu dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Bintulu disertai 34 pelajar enam sekolah menengah di Bintulu dan Kolej Vokasional Bintulu.

Justeru katanya, dengan adanya Sahabat PEMADAM ini akan membantu pihak sekolah menyebar luas dengan cara yang lebih baik dan berkesan berkenaan bahay- anya dadah dalam kalangan pelajar sekolah dan masyarakat umumnya.

“Dari segi perangkaan, jumlah pelajar yang baharu mencuba dadah tidak mampu ditampung kesemuanya untuk menjalani proses pemulihan maka penting setiap sekolah menjalanka­n intervensi kepada pelajar ini supaya dapat menjauhi dadah,” katanya.

“Saya mengharapk­an agar usaha kerajaan akan menemui titik noktah dengan mengisytih­ar sifar dadah di setiap sekolah di Bintulu sekali gus menjadi tanggungja­wab semua pihak untuk membantu kerajaan mengatasi masalah tersebut sehingga matlamat pembersiha­n dadah di Malaysia tercapai,” tambahnya.

Beliau menjelaska­n mengenai kewujudan dadah jenis baharu dikenali sebagai ATS tidak seperti heroin, kokain dan kanabis sebaliknya berciri teknologi rekaan yang mengguna bahan kimia psikoakif dengan penghasila­n bergantung kepada keadaan geografi dan cuaca.

Menurutnya, dadah sintetik itu boleh dihasilkan di mana-mana dan dilaporkan penggunaan­nya lebih membahaya kerana boleh menyebab penggunany­a menjadi ganas, di samping mengakibat­kan kerosakan otak (kepada penagihnya) akibat rangsangan berterusan terhadap sistem saraf pusat.

Jelasnya, meskipun terdapat penurunan angka penagih dadah tetapi semua perlu berasa gusar dengan wujudnya dadah ATS ini serta menyeru semua komuniti berganding bahu untuk menangani masalah ini memandangk­an penguatkua­saan undang-undang sahaja tidak akan mampu mengawal situasi ini.

“Saya menyeru komuniti agar sentiasa mengambil ingatan bahawa masalah dadah bukan masalah orang lain tetapi satu masalah yang berkemungk­inan akan menjadi masalah semua pihak,” katanya.

Turut hadir di majlis penutupan itu Pegawai PPD Bintulu Fred Entau, Penolong Pengerusi PEMADAM Daerah Bintulu Manis Mohidi, ketua-ketua jabatan, ibu bapa pelajar dan guru-guru pembimbing.

 ??  ?? GEMBLENG USAHA: Para pelajar yang menyertai program Sahabat PEMADAM merakam gambar bersama Mataip, Fred, Manis (duduk tengah), ibu bapa, guru-guru dan tetamu lain.
GEMBLENG USAHA: Para pelajar yang menyertai program Sahabat PEMADAM merakam gambar bersama Mataip, Fred, Manis (duduk tengah), ibu bapa, guru-guru dan tetamu lain.
 ??  ?? PRAKTIS: Para peserta mengikuti latihan amali bagi mengesan kambing bunting melalui kaedah ‘abdominal palpation.’
PRAKTIS: Para peserta mengikuti latihan amali bagi mengesan kambing bunting melalui kaedah ‘abdominal palpation.’

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia