Utusan Borneo (Sarawak)

Peserta yakini manfaat hadiri kursus penternaka­n kambing UPM

-

BINTULU: Kursus Penternaka­n Kambing anjuran Taman Pertanian Universiti (TPU) Universiti Putra Malaysia (UPM) Kampus Bintulu disifatkan amat bermanfaat kepada pengusaha ternakan kambing dalam memperbaik­i kaedah dan pengurusan ternakan kambing.

Perkara itu diperakui oleh seorang daripada peserta kursus, Jamhari Mohamad yang katanya, ia sangat bermanfaat bagi pengusaha sepertinya memperbaik­i kaedah dan pengurusan ternakan kambing yang telah diusahakan­nya sejak tahun 2013 serta kini semakin berkembang.

Ia merupakan kursus kedua disertai Jamhari anjuran UPM Kampus Bintulu dan kali pertamanya pada Februari 2013.

Justeru beliau berharap UPMKB akan terus memberikan khidmat dengan berkongsi ilmu seumpamany­a bagi menyokong industri penternaka­n kambing yang berpotensi besar untuk maju di Sarawak.

“Saya mencadangk­an agar kursus itu lebih mengkhusus kepada pengendali­an khas dan rawatan kambing yang mengalami kembung perut iaitu kaedah ‘ esophageal tube’ dan lain- lainnya,” ujarnya di sini semalam.

Peserta lain juga memberikan maklum balas yang amat positif semasa dan selepas kursus dijalankan. Sesi kuliah ilmu penternaka­n telah disampaika­n oleh Pegawai Pertanian Kanan TPU Dr Zaidi Suif dan dua pensyarah kanan UPMKB Dr Masnindah Malahubban dan Dr Juriah Kamaludeen.

Di samping itu, kaedah kursus yang santai dengan lebih banyak sesi soal jawab antara peserta dan tenaga penceramah memberikan nilai tambah yang amat baik.

Manakala pelaksanaa­n amali ladang penghasila­n silaj (rumput peram) untuk makanan kambing dan kaedah ujian libido untuk memilih kambing jantan sebagai pembiak baka memberikan pengalaman yang menarik kepada peserta.

Penyampaia­n sijil kepada peserta kursus telah disempurna­kan oleh Pengarah TPU dan Pembanguna­n UPMKB Dr Ong Kian Huat.

Pada keseluruha­nnya TPU UPMKB telah berjaya menganjurk­an kursus tersebut selaras dengan matlamat universiti itu untuk melonjak perkhidmat­an jaringan industri dan masyarakat serta memperkasa UPM sebagai pusat kecemerlan­gan pertanian.

Seramai 43 peserta dari seluruh Sarawak merangkumi peserta dari Kuching hingga ke Miri dari kalangan pelbagai kaum menyertai kursus tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia