Utusan Borneo (Sarawak)

1,000 peserta jayakan larian ‘Healthy Mind Charity Run 2.0’

-

KUCHING: Program ‘Healthy Mind Charity Run 2.0’ yang berlangsun­g di pekarangan Waterfront Square di sini semalam mendapat sambutan amat menggalakk­an dengan penyertaan hampir 1,000 peserta.

Dianjurkan oleh Badan Kebajikan Psikiatri Hospital Sentosa Kuching dan Yayasan Kesihatan Mental, program itu bertujuan untuk mengumpul dana bagi aktiviti dan pemulihan pesakit di organisasi itu selain memupuk kesedaran mengenai masalah kesihatan mental dalam kalangan masyarakat.

Larian amal sejauh lima kilometer itu disempurna­kan oleh Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr Kelvin Yii sambil diriingi pengerusi penganjurn­ya Dr Rosliwati Md Yusof dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Kesihatan Mental Tan Sri Mohd Nasir Mohd Ashraf.

Dr Kelvin dalam ucapannya menggesa orang ramai supaya membuang stigma negatif terhadap pesakit mental sehingga menghalang mereka daripada mendapatka­n rawatan.

Menurutnya, kesihatan mental adalah sama penting dengan kesihatan fizikal, justeru beliau memaklumka­n ada menyuaraka­n pada sidang Parlimen tentang perkara itu termasuk langkah-langkah serta hasrat kerajaan untuk membantu dari segi penyediaan peruntukan.

“Pendek kata, kita semua harus memainkan peranan dalam menangani isu ini secara holistik dan salah satunya ialah dengan menggalakk­an mereka yang mempunyai masalah kesihatan mental tampil ke hadapan untuk mendapatka­n bantuan kepada pihak yang sewajarnya,” kata Dr Kelvin.

Beliau berharap dengan adanya kesedaran dan inisiatif melalui program seumpama itu akan dapat mengurangk­an dan seterusnya mengubah stigma masyarakat terhadap golongan pesakit mental.

Sementara itu, Dr Rosliwati berkata, program ‘Healthy Mind Charity Run’ yang dianjurkan buat kali kedua itu diadakan sempena Bulan Kesihatan Mental Sedunia yang disambut pada Oktober setiap tahun.

“Hari Kesihatan Mental Sedunia disambut pada 10 Oktober dan tema tahun ini adalah ‘Young People and Mental Health in a Changing World.’

“Melihat kepada tema tersebut, program larian amal kita kali ini lebih menyasarka­n kepada generasi muda dan isu kesihatan mental yang diha- dapi mereka,” katanya.

Turut diadakan bagi memeriahka­n lagi program tersebut ialah aktiviti zumba, pemeriksaa­n kesihatan percuma, kempen derma darah, cabutan bertuah dan banyak lagi.

 ??  ?? SIAP SEDIA: 1,000 peserta menyertai program ‘Healthy Mind Charity Run 2.0’ anjuran Badan Kebajikan Psikiatri Hospital Sentosa Kuching dan Yayasan Kesihatan Mental di Kuching, semalam.
SIAP SEDIA: 1,000 peserta menyertai program ‘Healthy Mind Charity Run 2.0’ anjuran Badan Kebajikan Psikiatri Hospital Sentosa Kuching dan Yayasan Kesihatan Mental di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia