Utusan Borneo (Sarawak)

Suasana aman damai yang dinikmati rakyat merupakan usaha dan sumbangan warga itu suatu ketika dahulu: Julaihi

-

KUCHING: Golongan muda diseru supaya menghargai sumbangan warga emas yang telah banyak berjasa kepada masyarakat dan pembanguna­n negara.

Menteri Muda Jalan Pesisir Datuk Julaihi Narawi berkata, suasana aman dan damai yang dinikmati rakyat misalnya di Sarawak merupakan usaha dan sumbangan warga itu suatu ketika dahulu.

“Justeru, adalah wajar untuk kita sentiasa mengingati sumbangan mereka yang banyak berkorban demi kesejahter­aan hidup generasi hari ini.

“Malah, keamanan dan perpaduan kaum yang kita kecapi hasil pengorbana­n dan sumbangan warga emas selama ini juga harus kita pertahanka­n demi kelangsung­an negeri yang tercinta,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program Intergener­asi Komuniti Prihatin Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Sebuyau di Dewan Pembanguna­n Se- buyau di sini, kelmarin.

Sehubungan itu, Julaihi mengingatk­an generasi seka- rang supaya jangan mudah terpengaru­h dengan pihak luar sehingga senario yang kurang sihat dan kurang sesuai dibawa ke negeri ini.

“Sebaliknya, mereka ( golongan muda) pastikan Sarawak terus berada dalam suasana aman, damai dan terus didiami oleh semua generasi dari pelbagai kaum dan latar belakang agama mahupun sosial,” katanya.

Bercakap mengenai majlis itu, Julaihi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau mengucapka­n tahniah kepada PAWE Sebuyau kerana berjaya menganjurk­an program tersebut dengan pelbagai aktiviti disediakan untuk penduduk di kawasan itu.

Menurutnya, program itu amat bermanfaat kerana dapat merapatkan hubungan dan memupuk rasa prihatin masyarakat, mendayaupa­yakan warga emas melalui penyediaan perkhidmat­an serta membantu warga itu hidup sejahtera.

“Selain itu, ia dilihat mam- pu menarik lebih ramai penyertaan dan penglibata­n warga emas dalam aktiviti yang dapat menyumbang kepada kesejahter­aan mereka serta memupuk rasa hormat, sayang dan bertanggun­gjawab generasi muda terhadap warga emas,” katanya.

Untuk makluman, PAWE Sebuyau mula dibuka pada 2 Jun tahun lalu dan kini mempunyai ahli seramai 345 orang.

Program Intergener­asi Komuniti Prihatin PAWE Sebuyau kemarin merupakan anjuran PAWE dengan Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Samarahan.

Hadir sama Ahli Parlimen Batang Lupar Datuk Seri Rohani Abdul Karim, Pegawai Tadbir Daerah Sebuyau Ajis Ahmad yang juga Pengerusi PAWE Sebuyau, wakil Residen Samarahan Norsila Openg, Penghulu Abu Seman Suhaili dan tetamu jemputan lain.

 ??  ?? BERJALAN LANCAR: Khaw memeriksa perbarisan sempena Perhimpuna­n Bulanan Batalion 10 PGA Sibu, semalam.
BERJALAN LANCAR: Khaw memeriksa perbarisan sempena Perhimpuna­n Bulanan Batalion 10 PGA Sibu, semalam.
 ??  ?? APA KHABAR?: Julaihi disambut mesra oleh penduduk semasa tiba pada majlis perasmian program Intergener­asi Komuniti Prihatin PAWE Sebuyau di Sebuyau, kelmarin.
APA KHABAR?: Julaihi disambut mesra oleh penduduk semasa tiba pada majlis perasmian program Intergener­asi Komuniti Prihatin PAWE Sebuyau di Sebuyau, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia