Utusan Borneo (Sarawak)

Inovasi jadi penanda aras baharu di peringkat global

-

SIBU: Sekolah Menengah Kebangsaan ( SMK) Sacred Heart menganjurk­an Pertanding­an Inovasi Daerah Sibu 2018 di Universiti Kolej Teknologi Sarawak (UCTS) di sini, kelmarin.

Pertanding­an itu dianjurkan dengan kerjasama UCTS dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sibu.

Berucap merasmikan penutupan pertanding­an itu, Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaa­n Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak Yunus Apok berkata, inovasi menjadi penanda aras baharu di peringkat global.

Beliau berkata, ia menuntut keupayaan penciptaan bukan sahaja bersifat baharu, unik dan bermanfaat, malah mampu berfungsi sebagai pemangkin kesejahter­aan masyarakat.

“Inovasi berbentuk produk, perkhidmat­an, proses dan teknologi dihasilkan mempunyai nilai tambah, berupaya meningkatk­an mutu perkhidmat­an diberikan, boleh dihasilkan dengan kadar segera, berimpak tinggi dan faedahnya dirasai sendiri oleh rakyat dan dengan kos rendah.

“Oleh itu, Pertanding­an Inovasi Daerah Sibu 2018 ini memanifest­asikan tahap daya fikir, kreativiti dan inovasi tinggi.

“Saya harap pengiktira­fan diterima memberi suntikan semangat kepada pemenang anugerah untuk menghasilk­an inovasi yang akan mengharumk­an nama Jabatan Pendidikan Sarawak sama ada peringkat kebangsaan mahupun antarabang­sa,” katanya.

Sementara itu, SMK Methodist muncul johan bagi kategori berkumpula­n pada pertanding­an tersebut.

Kenson Joseph dan Yew Ko Woo mewakili sekolah mereka berjaya menawan hati juri menerusi karya inovasi mereka diberi nama ‘Colour Magic Wheel’.

Manakala pasukan tuan rumah, SMK Sacred Heart menduduki tempat kedua dan ketiga menerusi karya inovasi ‘Partner Exchange’ dan ‘Jadual F4’.

Masing-masing diwakili Goh Leh Ling, Dia Teck Ing, Chong Sze Yuen dan Wong Nyiik Yien (Partner Exchange) manakala ‘Jadual F4’ oleh Lu Lee Eng, Victoria Sim, Mary Toh dan Chen Yuet Min.

Bagi kategori individu prasekolah dan sekolah rendah, johan dimenangi Ling Siew Ching daripada SJKC Chung Cheng menerusi karya inovasinya ‘My Fun Learning Mathematic Board’.

Mohamad Syamsul Izwan Fauzi daripada SK Kampung Banyok meraih tempat kedua dengan ciptaan inovasi ‘Pengendali­an Mudah Pembinaan Esei’ sementara Liong Siew Fei daripada SJKC Chao Su berada di tempat ketiga dengan ciptaan ‘Set Fonik’.

Dalam kategori sekolah menengah, Muhamad Kamarul Azman Sulaiman daripada SMK Rosli Dhoby dinobatkan pemenang dan Hii Ming Toh daripada SMK Luar Bandar No 1 Sibu dan Ling Ngiik Mink daripada SMK Sacred Heart masing-masing tempat kedua dan ketiga.

Turut hadir Pengetua SMK Sacred Heart David Teo dan Timbalan Naib Censelor UCTS (Akademik) Profesor Datuk Dr Sabaruddin Mohd.

 ??  ?? TERIMALAH: Teo (enam kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Yunus disaksikan Sabaruddin (lima kanan) dan yang lain.
TERIMALAH: Teo (enam kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Yunus disaksikan Sabaruddin (lima kanan) dan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia