Utusan Borneo (Sarawak)

Kanak-kanak istimewa perlukan sokongan ibu bapa, masyarakat

-

KUCHING: Kemajuan kanak-kanak istimewa bergantung kepada sokongan ibu bapa dan masyarakat, kata Pegawai Tadbir Negeri Rangen Jamang.

Beliau berkata, masyarakat Sarawak bukan sahaja penyayang bahkan sentiasa menyokong kerja-kerja amal.

“Kanak- kanak istimewa tidak akan tersisih kerana dapat merasai kasih sayang daripada masyarakat sekeliling, jadi adalah baik jika lebih banyak majlis amal seperti ini diadakan.

“Ini kerana bermula dari sinilah ia memberi kesedaran dalam membentuk masyarakat yang lebih penyayang,” ujarnya sewaktu berucap mewakili Menteri Muda Pengangkut­an Datuk Dr Jerip Susil pada Majlis Makan Malam Amal Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Sentuhan Kasih Kuching yang berlangsun­g di DBNA di sini, malam kelmarin.

Rangen berkata, beliau gembira kerana sejak didaftarka­n sebagai pertubuhan pada 4 April lepas, 19 kakitangan PDK Sentuhan Kasih Kuching masih lagi kekal bersama walaupun terpaksa menerima elaun yang kecil.

Justeru, Rangen mengumumka­n sumbangan daripada Dr Jerip berjumlah RM10,000 yang akan digunakan bagi menjalanka­n pelbagai aktiviti.

Katanya, beberapa permohonan peruntukan lain akan disalurkan pada tahun hadapan oleh Dr Jerip kepada PDK Sentuhan Kasih Kuching.

Sementara itu, Pengerusi PDK Sentuhan Kasih Kuching Jamey Ngedat berkata majlis itu bertujuan mengumpul dana untuk menjalanka­n aktiviti, penyelengg­araan dan penambahan elaun petugas.

Menurut beliau, pihaknya mengalami kekangan kewangan sejak berpisah dengan Persatuan Ibu Bapa KanakKanak Berkeperlu­an Khas (PIBAKAT) atau kini dikenali sebagai PDK PIBAKAT 1.

“Kami berharap PDK Sentuhan Kasih Kuching akan dimasukkan di dalam senarai penerima sumbangan daripada syarikat atau organisasi korporat semasa menjalanka­n aktiviti CSR mereka,” katanya.

PDK Sentuhan Kasih Kuching yang beroperasi di tapak sama dengan PDK PIBAKAT 1 menjalanka­n intervensi awal, ‘playgroup,’ lawat rumah serta program khas.

Kata Jamey, pihaknya turut membawa pelajar istimewa tersebut ke pusatpusat rekreasi serta kawasan tumpuan awam bagi meningkatk­an pendedahan dan penerimaan masyarakat terhadap golongan istimewa.

 ??  ?? TERIMALAH: Jamey (tengah) menyampaik­an cenderahat­i kepada Rangen (kanan) pada Majlis Makan Malam Amal PDK Sentuhan Kasih Kuching malam kelmarin.
TERIMALAH: Jamey (tengah) menyampaik­an cenderahat­i kepada Rangen (kanan) pada Majlis Makan Malam Amal PDK Sentuhan Kasih Kuching malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia