Utusan Borneo (Sarawak)

Generasi muda berperanan pertahan budaya agar tidak pupus ditelan zaman: Hasbi

- Oleh Mastura Ismail

LIMBANG: Generasi muda perlu sentiasa memelihara dan mencintai budaya agar ia terus kekal dan subur sepanjang masa.

Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah berkata, hanya dengan mencintai budaya sendiri, ia dapat mengelakka­nnya daripada pupus dan hanya boleh dilihat menerusi video atau di muzium sahaja.

“Golongan muda perlu mempelajar­i, mencintai serta memahami nilai- nilai budaya masyarakat­nya selain berusaha menyelami dan menguasai budaya kaum lain memandangk­an kita tinggal di negara berbilang bangsa dan agama.

“Menerusi budaya, kita akan mengenali bangsa, adat resam serta nilai-nilai murni yang diamalkan oleh nenek moyang terdahulu selain mengelakka­nnya daripada pupus ditelan zaman,” ujarnya pada Malam Kebudayaan Sempena Hari Bukit Mas 2018 di Dataran Jubli Emas Limbang malam kelmarin.

Turut hadir ialah ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang, wakil Residen Bahagian Limbang Aspalela Shamuni, Pegawai Daerah Limbang Superi Awang Said, Wali Kota MDL Kaunselor

Menerusi budaya, kita akan mengenali bangsa, adat resam serta nilai-nilai murni yang diamalkan oleh nenek moyang terdahulu selain mengelakka­nnya daripada pupus ditelan zaman. Hasbi Habibollah Ahli Parlimen Limbang

Sufian Mohat, Timbalan Wali Kota Kauselor Dahlan Dullah, Pemangku Setiausaha MDL Mohammad Syamil Jumain dan pengerusi pengelola program Kaunselor Safiah Abu Bakar.

Hasbi berkata, generasi muda merupakan golongan yang bakal mewarisi segala nilai budaya serta adat resam kaum masing-masing.

Jelasnya adalah menjadi tanggungja­wab mereka yang bakal mewarisi kepimpinan negara untuk menjaga budaya masing-masing.

Selain itu katanya, generasi muda harus mengikis rasa malu mempelajar­i dan menghayati kekayaan khazanah bangsa sendiri supaya kekal relevan dan berkembang seiring dengan kemajuan dunia.

“Saya berharap rasa cinta terhadap budaya masyarakat kita diteruskan tanpa mengagung-agungkan budaya barat yang mampu meruntuhka­n akhlak serta pemikiran anakanak muda,” katanya lagi.

Pelbagai aktiviti diadakan termasuk persembaha­n kebudayaan pelbagai etnik, basikal, motosikal dan kereta berhias serta persembaha­n artis jemputan kumpulan Atmosfera dari Sabah.

 ??  ?? KREATIF: (Dari kanan) Dullah, Hasbi, Superi, Aspalela, Safiah dan Sufian bersama penduduk Limbang menyaksika­n keunikan basikal, motosikal dan kereta berhias malam kelmarin.
KREATIF: (Dari kanan) Dullah, Hasbi, Superi, Aspalela, Safiah dan Sufian bersama penduduk Limbang menyaksika­n keunikan basikal, motosikal dan kereta berhias malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia