Utusan Borneo (Sarawak)

Klinik Komuniti Taman Rejang kelima paling sesak di Malaysia

-

SIBU: Klinik Komuniti Taman Rejang merupakan klinik kelima tertinggi kadar purata pesakit datang mendapatka­n rawatan di seluruh Malaysia dalam sehari.

Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling berkata secara purata seramai 150 pesakit datang bagi mendapatka­n rawatan dalam sehari.

“Kadar purata kedatangan pesakit ke klinik ini dalam sehari merupakan paling tinggi di Sarawak dan kelima tertinggi di seluruh Malaysia,” katanya pada Program Komuniti anjuran Persatuan Komuniti Sibu di Klinik Komuniti Taman Rejang kelmarin.

Hadir sama Pengerusi Persatuan Komuniti Sibu Amy Lau.

Sementara itu, Lau berkata persatuan mereka adalah salah satu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Sibu.

“Bagi projek komuniti, kami menggunaka­n bajet tidak lebih RM1,000 bagi menggantik­an sebahagian tingkap lama dan mengecat semula bahagian luar bingkai tingkap dan dalam klinik.

“Tujuan program ini supaya masyarakat melihat bahawa projek ini adalah sumbangan persatuan membantu masyarakat memerlukan bantuan,” katanya.

Menurutnya, sumbangan daripada masyarakat digunakan untuk membantu kembali pada program komuniti seperti itu.

Katanya bagi projek komuniti Klinik Komuniti Taman Rejang mampu disiapkan dalam masa beberapa jam dengan bantuan sukarelawa­n.

Lau turut merakamkan penghargaa­n kepada Ling, sukarelawa­n dan beberapa penaja yang menjayakan projek komuniti tersebut.

Masyarakat memerlukan bantuan daripada Persatuan Komuniti Sibu untuk projek komuniti, sila hubungi Amy di talian 016-2550581.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia