Utusan Borneo (Sarawak)

Forum Awam Penjagaan Kesihatan mendapat sambutan menggalakk­an

-

SRI AMAN: Hospital Pakar KPJ Kuching bersama Persatuan Soon Heng Simanggang dan disokong TCN Premier Group menganjurk­an Forum Awam Penjagaan Kesihatan di Hotel Seri Simanggang di sini kelmarin.

Forum itu mendapat sambutan menggalakk­an apabila lebih 250 orang hadir.

Jurucakap penganjur berkata, KPJ Kuching dan Persatuan Soon Heng Simanggang pernah bekerjasam­a mengadakan acara sama pada tahun lalu.

Menurutnya, kerjasama itu bagi meningkatk­an kesedaran orang ramai pentingnya penjagaan kesihatan dengan menitikber­atkan aspek pencegahan, pengesanan dan rawatan.

“Kami yakin forum ini mampu meningkatk­an kesedaran kesihatan, pengetahua­n dan pemahaman lebih baik terhadap kesihatan sekali gus menjadikan Sri Aman tempat sesuai didiami masyarakat,” katanya.

Justeru, pihaknya menjemput tiga pakar dari KPJ Kuching iaitu Pakar Bedah Umum dan Laparaskop­i Dr Shehab Phung, Pakar Urologi Dr Chan Siew Hong dan Pakar Bedah Tulang Dr Lee Woo Guan untuk berkongsi kepakaran masing-masing.

Dr Shebab bercakap mengenai tajuk ‘Mari bercakap tentang kanser usus,’ mana- kala Dr Chan mengupas tajuk ‘Adakah penyakit batu karang serius dan langkah-langkah mencegahny­a.’ Disusuli Dr Lee yang menyentuh ‘Kaedah baharu dan rawatan untuk sakit lutut.’

“Kanser kolorektal merupakan penyebab kematian keempat tertinggi bagi penyakit kanser di dunia. Di Malaysia, ia adalah kedua paling kerap selepas kanser payudara dan ia membawa morbiditi mahupun kematian,” ujarnya.

Sebagai penceramah berpengala­man dan Pakar Bedah Kolorektal, Dr Shehab berkongsi pengetahua­n serta memberi pendidikan kanser kolorektal, langkah pencegahan dan rawatan kanser.

Sementara itu, Dr Chan berkata, penyakit batu karang adalah salah satu daripada masalah urologi sering berlaku dan jika tidak dirawat boleh menyebabka­n kesakitan teruk selanjutny­a membawa kepada kegagalan fungsi buah pinggang.

Justeru, Dr Chan menyeru orang ramai tidak mengambil penyakit batu karang sebagai perkara ringan sebaliknya mendapatka­n nasihat perubatan jika diperlukan.

“Dengan masyarakat semakin aktif masa kini bilangan mereka mengalami sakit lutut semakin meningkat,” jelasnya.

Dr Lee pula memberitah­u, banyak faktor dan rawatan spesifik untuk penyakit lutut.

Arthritis merupakan salah satu punca kesakitan lutut dan apabila tidak dirawat, ia boleh melemahkan bahagian lutut namun berita baik kini terdapat rawatan baharu membantu arthritis dan gejalanya lebih terkawal.

Antara aktiviti lain dijalankan sepanjang forum itu termasuk cabutan bertuah, pemeriksaa­n kesihatan percuma dan pemberian cenderamat­a.

“Kita berterima kasih dan menghargai sokongan penduduk di Sri Aman menjadikan forum awam suatu kejayaan.

“Kita percaya forum seumpama ini mampu memberi manfaat kepada komuniti di sini,” kata Pengurus Besar KPJ Kuching, Nurhazimah Mahat.

Katanya, kesihatan pesakit dan keselesaan dititikber­atkan oleh pihak hospital dan Hospital Pakar KPJ Kuching terus memantau dan menilai prestasiny­a untuk mencapai kejayaan.

Hadir sama Pengerusi Persatuan Soon Heng Simanggang Datuk Tan Chong Meng serta ahli-ahli persatuan.

 ??  ?? TANDA INGATAN: Nurhazimah (kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Tan (kanan) pada forum berkenaan kelmarin.
TANDA INGATAN: Nurhazimah (kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Tan (kanan) pada forum berkenaan kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia