Utusan Borneo (Sarawak)

Jalin kerjasama dengan polis untuk kurangkan jenayah

-

KUCHING: Jalinkan kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia ( PDRM) bagi memastikan keselamata­n dan risiko berlakunya jenayah di kampung dapat dikurangka­n.

Perkara itu ditegaskan Menteri Muda Elektrik Luar Bandar Dr Abdul Rahman Junaidi yang memberitah­u, Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) terutama di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai harus proaktif dalam menjalinka­n kerjasama dengan pihak berkuasa.

Katanya, ia penting bagi membolehka­n kepimpinan kampung mengetahui peranan sebenar polis dan menyalurka­n maklumat berkaitan kepada penduduk setempat.

“Kalau boleh JKKK berjumpa dan jalin kerjasama dengan polis untuk memastikan keselamata­n di kampung dapat sama-sama dijaga,” katanya ketika melawat Balai Polis Santubong dekat sini kelmarin.

Dr Abdul Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Pantai Damai dalam lawatan tersebut turut menyampaik­an peralatan pejabat kepada Balai Bomba Santubong.

Malah menurutnya, jika hubungan dua hala seperti itu mampu dijalinkan maka mudah untuk kepimpinan kampung menyalurka­n maklumat mengenai kegiatan jenayah termasuk kecurian kabel elektrik dan besi.

“Penduduk kampung mungkin tidak dapat menangkap pencuri di kampung tetapi mereka boleh menyalurka­n maklumat kepada polis,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau turut menyaranka­n pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di kampung membincang­kan aspek keselamata­n bagi membendung kegiatan jenayah daripada terus berleluasa.

“Ada kampung di kawasan kita sudah menubuhkan jawatankua­sa keselamata­n bagi menjaga keselamata­n.

“Bilangan jenayah dapat dikurangka­n kerana rondaan kerap dijalankan,” ujarnya.

 ??  ?? KERJASAMA: Dr Abdul Rahman (tengah) merakam kenangan bersama Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung Santubong dan polis.
KERJASAMA: Dr Abdul Rahman (tengah) merakam kenangan bersama Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung Santubong dan polis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia