Utusan Borneo (Sarawak)

Kerjasama ibu bapa, PIBG bantu sekolah majukan pendidikan anak

-

MIRI: Kerjasama ibu bapa dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang cekap dapat membantu pihak sekolah memajukan pendidikan anak di sekolah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau berkata justeru, PIBG dan sekolah perlu meningkatk­an persefaham­an dan kerjasama di dalam dan luar sekolah.

Beliau berkata, penglibata­n ibu bapa secara berterusan amat penting bagi membolehka­n mereka mengikuti perkembang­an anak-anak dengan lebih dekat pada setiap masa.

“PIBG perlu mempunyai pentadbira­n yang cekap bagi memastikan aspek fizikal sekolah terus dijaga dan meningkat.

“Ini bagi memastikan anakanak yang belajar di sekolah itu dapat mengikuti pembelajar­an dengan selesa dan berkesan,” katanya ketika berucap merasmikan sukan kali ke-15 Sekolah Kebangsaan ( SK) Merbau di sini kelmarin.

Hadir sama Guru Besar SK Merbau Sabtu Matali, Yang Dipertua PIBG SK Merbau Felicia Kalang dan Kaunselor Majlis Bandaraya Miri (MBM) Dominic Nyurang Ajeng.

Pada majlis tersebut, Dennis mengumumka­n peruntukan projek kecil luar bandar (MRP) untuk membina kemudahan di sekolah itu.

Sehubungan itu, beliau mengingatk­an PIBG perlu menggemble­ng tenaga dan material meneruskan agenda sekolah bagi merealisas­ikan impian guru cemerlang, murid terbilang dan sekolah gemilang dengan ikhlas.

“Ibu bapa dan guru perlu bekerjasam­a memainkan peranan mengikut keperluan digariskan dalam Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah di bawah Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025,” jelasnya.

Dennis menambah, ini bagi melahirkan murid yang berkualiti serta memiliki sahsiah tinggi seterusnya mewujudkan pendidikan berkualiti di sekolah.

Mengenai sukan itu, beliau memuji usaha sekolah mengadakan sukan dan berharap lebih ramai ibu bapa tampil memberi kerjasama termasuk mengambil acara menggunaka­n fasilti di sekolah itu.

Terdahulu, Sabtu dalam ucapannya memuji Dennis kerana meluangkan masa merasmikan sukan tersebut dan meluluskan MRP walaupun sekolah itu bukan di kawasan DUN Telang Usan.

Katanya, ini membuktika­n beliau seorang wakil rakyat prihatin dan dedikasi membangun pendidikan seluruh negeri tanpa mengira kawasan DUN diwakiliny­a.

 ??  ?? RASMI: (Dari kiri) Felicia, Dennis dan Sabtu ( dua kanan) menyaksika­n bacaan lafaz ikrar sempena temasya sukan tahunan SK Merbau di Miri kelmarin.
RASMI: (Dari kiri) Felicia, Dennis dan Sabtu ( dua kanan) menyaksika­n bacaan lafaz ikrar sempena temasya sukan tahunan SK Merbau di Miri kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia