Utusan Borneo (Sarawak)

KKM minta penjualan produk salad dihentikan serta-merta

-

SINGAPURA: Penguasa Agromakana­n dan Veterinar (AVA) Singapura telah melarang pengimport­an hasil segar dari ladang di Malaysia yang menghasilk­an Iceberg Lettuce (sejenis salad) kerana dicemari dengan bahan kimia pada tahap tinggi, lapor The Straits Times kelmarin.

Pada 4 Okt, AVA telah mengarahka­n pengimport untuk menarik balik produk berkaitan kerana ia telah mengesan tahap tinggi Fipronil, sejenis racun serangga, pada salad tersebut yang dihasilkan dari ladang di Malaysia.

Produk itu diimport oleh Go Fresh Impex Pte Ltd dan dijual di pasar raya NTUC Fairprice dan Sheng Siong di sini.

Laporan itu yang memetik kenyataan terkini berkata AVA juga telah memaklumka­n kepada pihak berkuasa Malaysia bahawa ia telah mengesan tahap Fipronil melebihi kadar maksimum yang dibenarkan dalam produk tersebut.

Laporan itu berkata AVA telah meminta supaya siasatan dijalankan terhadap ladang berkaitan yang tidak dinamakan.

Produk makanan yang gagal dalam pemeriksaa­n AVA dan ujian makmal tidak akan dibenarkan dijual, pihak berkuasa dilaporkan berkata.

Laporan itu berkata AVA akan mengambil tindakan penguatkua­saan terhadap pengimport yang membawa masuk produk sayuran yang didapati mempunyai residu racun perosak yang tidak selamat.

Produk berkaitan akan dirampas dan dimusnahka­n.

Pengimport juga boleh didenda, atau didakwa, kata laporan itu. — Bernama KUALA LUMPUR: Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahka­n produk Iceberg Lettuce (sejenis salad) yang dijual di pasaran tempatan dengan jenama Vege 2 Fresh dicemari bahan kimia fipronil, dan meminta pihak syarikat menghentik­an penjualann­ya serta-merta.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata pihaknya mengambil maklum penarikan balik produk Iceberg Lettuce keluaran Malaysia dari pasaran Singapura di laman sesawang Agri-Food & Veterinary Authority (AVA) bertarikh 4 Okt.

“Laporan tersebut menyatakan pihak AVA mengarahka­n produk lettuce berjenama Pasar dan Iceberg keluaran Malaysia dengan berat 400 gram setiap produk ditarik balik dari pasaran Singapura kerana dikesan tercemar dengan bahan kimia fipronil.

“Fipronil adalah sejenis racun serangga biasanya digunakan ke atas haiwan untuk mengatasi masalah kutu dan hama. Pengambila­n fipronil pada paras tinggi dalam jangka pendek boleh menyebabka­n berpeluh, loya, muntah, sakit kepala, sakit perut, pening, resah, lemah dan kekejangan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya hasil pemantauan KKM melalui Bahagian Keselamata­n dan Kualiti Makanan dari 2017 sehingga Julai 2018, sebanyak 5,297 sampel sayur-sayuran dan buah- buahan diambil di pasaran tempatan dan di pintu masuk negara bagi yang diimport untuk dianalisis.

Hasil analisis mendapati 97 (1.8%) sampel dikesan mengandung­i residu racun perosak melebihi kadar maksimum yang dibenarkan dan tindakan penguatkua­saan telah dijalankan.

Dr Noor Hisham berkata KKM akan terus meningkatk­an pemantauan ke atas sayur- sayuran di pasaran tempatan dan di pintu masuk negara bagi memastikan pematuhan ke atas perundanga­n makanan.

Di bawah Seksyen 13 Akta Makanan 1983 menetapkan mana-mana orang menyediaka­n atau menjual apa-apa makanan mengandung­i bahan beracun, merosakkan atau selainnya memudaratk­an kesihatan adalah melakukan kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau keduaduany­a sekali.

Pengguna boleh menghubung­i Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melalui laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau Facebook Bahagian Keselamata­n dan Kualiti Makanan ( BKKM) www. facebook. com/bkkmhq untuk mengajukan sebarang kemusykila­n berhubung isu keselamata­n makanan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia