Utusan Borneo (Sarawak)

Sumbangan hingga AS$3 bilion tidak sampai ke sasaran

-

AMMAN (Jordan): Umat Islam disarankan menyalurka­n sumbangan dan derma untuk rakyat Palestin melalui saluran yang diakui sah berikutan dianggarka­n antara AS$2 bilion hingga AS$3 bilion sumbangan pelbagai pihak dari seluruh dunia tidak diterima oleh pihak yang disasarkan di Palestin.

Menurut Menteri Waqaf dan Hal Ehwal Islam Jordan, Prof Dr Abdelnaser Abu Al Basal, pihak berkuasa Israel hanya mengiktira­f tiga pihak untuk menerima sumbangan itu.

Katanya, tiga pihak itu ialah Tabung Yayasan Kebajikan Hashimiah untuk pengimarah­an Masjid Al-Aqsa dan Masjid Dome of the Rock; Jabatan Haiah Hashimiah untuk kebajikan masyarakat Gaza.

Selain itu ialah Kementeria­n Wakaf, Kedutaan Jordan dan Kedutaan Palestin.

“Kita hanya menerima kira-kira AS$5 juta sahaja daripada AS$2-3 bilion yang disumbangk­an oleh masyarakat antarabang­sa itu,” ka- tanya tanpa menyatakan sejak bila ini berlaku.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullai­l merangkap Yang Dipertua MAIPs menyampaik­an sumbangan rakyat Perlis berjumlah RM60,000 yang dikumpul pada setiap solat Jumaat di masjid-masjid seluruh negeri sejak Februari lalu untuk membaik pulih dan mengimarah­kan masjid Al Aqsa manakala RM60,000 lagi untuk kebajikan penduduk di Semenanjun­g Gaza.

Turut hadir Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd Nazim Mohd Noor.

Menurut Abdelnaser, kementeria­nnya menggaji lebih 900 orang untuk menjaga Al Quds bagi menguruska­n kebajikan rakyat Palestin.

Beliau berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang banyak memberi sokongan kewangan dan moral kepada rakyat Palestin. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? APA KHABAR: Saifuddin (tengah) beramah mesra dengan para pelajar ketika merasmikan Seminar Mahkota Bahasa Melayu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Kuantan semalam.
— Gambar Bernama APA KHABAR: Saifuddin (tengah) beramah mesra dengan para pelajar ketika merasmikan Seminar Mahkota Bahasa Melayu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Kuantan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia