Utusan Borneo (Sarawak)

Gagal raih sokongan adat bertanding: Saifuddin

-

KUANTAN: AhLI Parlimen Indera Mahkota Datuk Saifuddin Abdullah melihat kegagalann­ya mendapat undian besar daripada cabang Indera Mahkota pada pemilihan PKR Pahang kelmarin, sebagai adat bertanding.

Malah, Saifuddin yang bertanding bagi merebut kedudukan di Majlis Pimpinan Pusat (MPP) menambah beliau bersyukur kerana masih mendapat undian pada pemilihan yang telah berlangsun­g di lima negeri, yang membolehka­n beliau kini berada di kedudukan ketiga daripada 88 calon.

“Ini adalah keputusan anggota parti... nampak gayanya pemilihan kali ini mereka memilih mengikut chai (se- narai calon dalam pasukan yang terbahagi kepada Mohd Rafizi Ramli dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden).

“Pada pemilihan ini, ada ketua cabang di Pahang yang menang tanpa bertanding dan ada calon yang merupakan nama besar namun kalah... ada calon yang bukan nama besar, namun menang kerana kuat di peringkat akar umbi.

“Ini adat bertanding. Asalkan kita mengundi dengan semangat demokrasi dan tidak ada menimbulka­n pergaduhan semuanya tiada masalah,” katanya selepas merasmikan Seminar Mahkota Bahasa Melayu anjuran Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Pahang di Kompleks Dagangan Mahkota di sini, semalam.

Seminar yang melibatkan 550 pelajar tingkatan lima itu turut dihadiri Pengerusi MCPF negeri Datuk Seri Johny Ch’ng Ewe Gee dan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n Komuniti (JPJKK) Ibu pejabat Polis Kontijen Pahang Datuk Abdul Aziz Salleh.

Pada pemilihan PKR Pahang, Saifuddin yang juga Menteri Luar sekadar mendapat 113 undi daripada cabang Indera Mahkota dan berada di kedudukan 21 daripada 88 calon yang bertanding. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia