Utusan Borneo (Sarawak)

Pelaksanaa­n hukuman mati mandatori di negara ini membabitka­n kesalahan dadah, membunuh dan pengganas

-

SANDAKAN: Kajian untuk memansuhka­n hukuman mati mandatori di negara ini dalam peringkat akhir sebelum dibentangk­an kepada jemaah menteri, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong.

Menurut beliau kajian tersebut dilaksanak­an oleh pihak Peguam Negara berikutan keputusan kerajaan berhasrat untuk memansuhka­n hukuman mati mandatori yang dibuat bagi mengikut Standard Antarabang­sa berkaitan Hak Asasi Manusia.

“Kajian hukuman mati mandatori ini sudah dalam peringkat akhir dan saya yakin sekiranya sempat kita akan bentang Rang UndangUnda­ng ini pada hujung tahun ini untuk dimansuhka­n atau tidak,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Malam Mesra Integrasi Sosial Bersama Komuniti di Kampung Karamuntin­g di sini, Sabtu malam.

Program itu anjuran Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Sandakan di bawah Jawatankua­sa Rawatan dan Pemulihan Dadah AADK dengan kerjasama Rukun Tetangga Kampung Karamuntin­g.

Liew yang juga menteri berkaitan undang- undang berkata pelaksanaa­n hukuman mati mandatori di negara ini membabitka­n kesalahan dadah, membunuh dan berkaitan pengganas.

Beliau berkata kajian hukuman tersebut akan mengambil kira pelbagai aspek dalam memastikan hukuman setimpal diberikan kepada pesalah khususnya kerana membunuh dan pengganas.

“Bagi saya secara peribadi, dalam kes dadah ini kadangkala kita terlebih keras terhadap mereka dianiayai atau menjadi keldai dadah tetapi udangundan­g kita terhadap sesiapa didapati bersalah mengedar dadah lebih daripada jumlah (Di bawah Sesyen 39B Akta Dadah Berbahaya ( ADB) 1952) adalah hukuman mati mandatori.

“Saya rasa ia tidak adil kepada mereka dan setakat ini hakim diberikan pengkhusus­an untuk menjatuhka­n hukuman mati atau tidak kepada mereka didapati bersalah di bawah Seksyen 39B ADB 1952,” kata Ahli Parlimen Batu Sapi itu.

Menurutnya sekiranya hukuman mati mandatori ini dapat dimansuhka­n, tumpuan diberikan terhadap Seksyen 39B ADB 1952 dan hanya dikenakan hukuman penjara seumur hidup.

“Tetapibagi­jenayahlai­nseperti membunuh dan pengganas yang menceroboh kedaulatan negara seperti tragedi berlaku di Tanduo Lahad Datu hingga menyebabka­n kematian kepada penduduk kampung dan anggota pasukan keselamata­n, perkara ini kita kena ambil pertimbang­an,” katanya.

Beliau berkata ini bagi memastikan mereka yang ditangkap kerana melakukan kesalahan itu dijatuhkan hukuman yang setimpal.

Di negara ini, kaedah pelaksanaa­n hukuman mati adalah menerusi teknik gantung bagi kesalahan membunuh dengan niat, mengedar dadah melebihi jumlah yang ditetapkan dan kesalahan bersabit pemilikan senjata api. — Bernama

Kajian hukuman mati mandatori ini sudah dalam peringkat akhir dan saya yakin sekiranya sempat kita akan bentang Rang Undang-Undang ini pada hujung tahun ini untuk dimansuhka­n atau tidak. Datuk Liew Vui Keong Menteri di Jabatan Perdana Menteri

 ?? — Gambar Bernama ?? BANTUAN: Al-Arabi (tengah) bersama Shahnun melihat keadaan kaki kiri Muhammad Asyraf yang putus selepas terbabit dalam kemalangan ketika menyampaik­an sumbangan di kediamanny­a di Bukit Berapit, Tanah Merah semalam.
— Gambar Bernama BANTUAN: Al-Arabi (tengah) bersama Shahnun melihat keadaan kaki kiri Muhammad Asyraf yang putus selepas terbabit dalam kemalangan ketika menyampaik­an sumbangan di kediamanny­a di Bukit Berapit, Tanah Merah semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia