Utusan Borneo (Sarawak)

Kebajikan banduan Malaysia di Thailand dalam perhatian kedutaan

-

BANGKOK: Soal kebajikan 421 rakyat Malaysia yang kini sedang ditahan di penjarapen­jara seluruh Thailand tidak pernah terlepas daripada perhatian pihak kedutaan Malaysia di negara itu.

Duta Malaysia ke Thailand Datuk Jojie Samuel berkata, pihak kedutaan negara mengambil berat kebajikan setiap rakyat Malaysia yang berada di negara ini, walaupun mereka merupakan seorang banduan.

“Kita (kedutaan) memberi perhatian terhadap soal kebajikan setiap rakyat Malaysia di Thailand, walaupun mereka berada di dalam penjarapen­jara di seluruh Thailand. Kita tidak pernah melupakan mereka,” katanya kepada Bernama di pejabatnya barubaru ini.

Minggu lepas, beliau dan beberapa kakitangan kedutaan melakukan lawatan terhadap Penjara Pusat Khao Bin di wilayah Ratchaburi, barat Thailand untuk bertemu dengan 16 banduan rakyat Malaysia yang sedang ditahan di penjara terbabit.

Di kalangan 16 banduan rakyat Malaysia itu, kata Jojie, individu paling tua berusia 71 tahun manakala yang paling muda berusia 39 tahun.

“Banduan rakyat Malaysia berusia 71 tahun itu dikenakan hukuman penjara 24 tahun dan mula menjalani hukuman itu pada 2006, manakala yang berusia 39 tahun itu pula dijatuhi hukuman penjara 28 tahun pada 2003 ketika beliau berusia 23 tahun,” katanya dan menambah, kedua-dua mereka berkait dengan kes- alahan dadah.

Kesemua 16 banduan rakyat Malaysia di Penjara Khao Bin, kira-kira dua jam perjalanan dara t daripada kota Bangkok itu ditahan atas kesalahan dadah.

Menurutnya, tujuan lawatan ke Penjara Khao Bin yang berstatus ‘supermax’ (kawalan maksimum) adalah untuk melihat lebih dekat kebajikan rakyat Malaysia itu serta kemudahan dan keadaan penjara, selain mengadakan mesyuarat dengan pegawai penjara Thailand.

“Secara keseluruha­nnya, mereka ( banduan rakyat Malaysia di Penjara Khao Bin) menerima layanan yang baik,” katanya dan menambah, ia merupakan lawatan julung kali oleh duta Malaysia ke penjara Khao Bin yang menempatka­n pesalah- pesalah tegar (hardcore criminals) terutamany­a melibatkan kes dadah.

Dalam dalam pertemuan itu, banduan rakyat Malaysia itu turut menyuaraka­n permohonan agar tempoh pertemuan dengan keluarga dipanjangk­an daripada 20 minit yang diberikan oleh pihak penjara ketika ini serta bantuan perubatan.

Terdapat banduan negara juga meminta had jumlah wang kiriman daripada keluarga ditingkatk­an melebihi 9,000 Baht (RM1,184) ketika ini, katanya, wang itu digunakan oleh banduan untuk membeli makanan dan lainlain keperluan di kafeteria penjara.

Walaupun banduan di Thailand diberikan makanan, tetapi mereka dibenar menerima wang daripada keluarga, kata Jojie dan menambah, kiriman wang tidak boleh melebihi 9,000 Baht dan mesti diserahkan sendiri oleh anggota keluarga.

Selain mengadakan pertemuan dengan 16 orang banduan rakyat Malaysia di penjara terbabit, pihak kedutaan katanya turut menjamu mereka dengan hidangan Nasi Lemak dan kuih-muih tradisiona­l Malaysia yang disediakan oleh kakitangan kedutaan sendiri.

“Mereka amat menghargai­nya,” kata duta negara dan menambah, banduan terbabit gembira kerana sudah lama tidak menikmati makanan kegemaran rakyat Malaysia itu.

Menurut Jojie, pihak kedutaan akan merangka lawatan ke penjara-penjara lain yang menempatka­n rakyat Malaysia selepas ini.

Sementara itu sumber memberitah­u Bernama, sebanyak 200 banduan negara ditahan di 17 penjara di Bangkok dan wilayah-wilayah lain di utara ibu negara Thailand, manakala 221 banduan lain sedang menjalani hukuman penjara di 13 penjara di selatan Thailand.

Lebih 80 peratus rakyat banduan Malaysia yang berada di penjara-penjara seluruh Thailand adalah atas kesalahan dadah, menurutnya dan menambah, Penjara Pusat Bang Khwang di Bangkok menempatka­n paling banyak banduan negara ( Malaysia) iaitu seramai 45 orang. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia