Utusan Borneo (Sarawak)

Syarikat kesihatan bantu dapatkan kaki palsu kepada Muhammad Asyraf

-

TANAH MERAH: Sebuah syarikat kesihatan swasta semalam tampil membantu seorang remaja yang putus kaki kiri akibat kemalangan jalan raya di Kampung Bukit Berapit, Batu Gajah di sini pada Julai lalu.

Ketua Pegawai Operasi Tunas Duta Cemerlang Sdn Bhd, Al-Arabi Mohamed berkata pihaknya sedia membantu mendapatka­n kaki palsu untuk Muhammad Asyraf Mohd Zuki, 13, bagi meringanka­n beban yang ditanggung remaja itu.

“Kami akan berhubung dengan beberapa pakar kaki palsu bagi membantu remaja ini untuk memudahkan­nya menjalani kehidupan seharian serta untuk ke sekolah,” katanya ketika ditemui pemberita semasa program tanggungja­wab sosial korporat syarikat berkenaan bersama Kelab Media Kelantan Darul Naim (KEMUDI) di sini.

Sementara itu, Timbalan Presiden Kemudi Shahnun Hanif Abdullah Suhaimi berkata sebagai persatuan yang dianggotai oleh pengamal media, pihaknya juga tidak ketinggala­n untuk bersamasam­a menyumbang bagi membantu remaja tersebut.

“Kami dapat membantu dari segi membuat liputan untuk disampaika­n kepada pihak tertentu,” katanya.

Dalam pada itu, Muhammad Asyraf yang juga pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Kebangsaan Tan Sri Mohamed Yaacob, berkata bantuan yang diterimany­a itu akan memberikan­nya semangat untuk menjalani kehidupan seharian.

“Bantuan kaki palsu amat diperlukan untuk memudahkan saya ke sekolah dan belajar walaupun terpaksa melupakan cita-cita untuk bergelar anggota bomba apabila besar nanti,” katanya.

Dalam kemalangan itu, kaki kiri Muhammad Asyraf putus dari pangkal paha. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia