Utusan Borneo (Sarawak)

Hasil semakan dapati pemandu treler mempunyai 13 saman trafik

-

KUALA KANGSAR: Pemandu treler yang merempuh sebuah kereta sehingga mengakibat­kan lima rentung dalam kemalangan di Km255.3 Lebuhraya UtaraSelat­an menghala utara selepas Terowong Menora di sini kelmarin, ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Razali Ibrahim berkata, pemandu treler berusia 41 tahun itu ditahan untuk siasatan lanjut di lokasi kejadian sejurus selepas kemalangan yang berlaku kirakira jam 11.47 pagi.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati pemandu itu terpaksa membelok ke kanan menghimpit pembahagi jalan bagi mengurangk­an kelajuan treler selepas mendapati brek kenderaann­ya gagal berfungsi, yang mengakibat­kan ia melanggar kereta Perodua Myvi, Proton Iswara dan Kia Forte.

”Myvi dan Iswara terselamat dalam kemalangan itu… hanya Kia Forte yang tersepit dengan treler. Pemandu treler itu mendakwa dia tidak nampak sebuah kereta di kanan jalan ketika kejadian,” katanya ketika ditemui pemberita di Unit Forensik Hospital Kuala Kangsar di sini semalam.

Katanya, hasil semakan mendapati pemandu treler yang berasal dari Alor Setar, Kedah itu mempunyai 13 saman trafik, antaranya, memandu melebihi had laju, manakala syarikat pemilik treler itu pula mempunyai 11 saman pelbagai kesalahan.

Menurutnya, pemandu treler itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Kangsar hari ini untuk ditahan reman sekiranya proses siasatan masih belum lengkap dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

Sementara itu Razali ber-

Myvi dan Iswara terselamat dalam kemalangan itu… hanya Kia Forte yang tersepit dengan treler. Pemandu treler itu mendakwa dia tidak nampak sebuah

kejadian. ” kereta di kanan jalan ketika ACP Razali Ibrahim Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar

kata, beberapa individu dipercayai anggota keluarga mangsa kemalangan sudah pun tampil untuk melakukan ujian asid deoksiribo­nukleik (DNA) bagi proses pengecaman mayat.

“Ada dua keluarga yang datang hadir membuat pengecaman mayat. Bagaimanap­un identiti kesemua mangsa masih belum dapat disahkan,” katanya.

Tinjauan Bernama di Hospital Kuala Kangsar mendapati beberapa individu dipercayai waris mangsa kemalangan hadir di pekarangan rumah mayat kira-kira jam 9 pagi.

Difahamkan, tiga daripada lima mangsa yang rentung terdiri daripada seorang wanita warga emas berusia 60 tahun, serta seorang wanita berusia 37 tahun bersama bayi lelakinya yang baharu berusia setahun, dan mereka dipercayai dalam perjalanan dari Selangor untuk menghadiri upacara keagamaan di Taiping. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TERIMALAH: Hasanuddin (kanan) menyampaik­an surat penghargaa­n kepada Sarjan Kamarussal­am Taib,36, dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas sempena Perhimpuna­n Bulanan Peringkat Kontinjen Kelantan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan dekat Kota Bharu, semalam.
— Gambar Bernama TERIMALAH: Hasanuddin (kanan) menyampaik­an surat penghargaa­n kepada Sarjan Kamarussal­am Taib,36, dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas sempena Perhimpuna­n Bulanan Peringkat Kontinjen Kelantan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan dekat Kota Bharu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia