Utusan Borneo (Sarawak)

Kerana minta hutang, tiga lelaki cedera dibelasah

-

BUTTERWORT­H: Tiga lelaki cedera selepas dibelasah sekumpulan lapan lelaki dipercayai bersabit hutang, dalam kejadian di sebuah kedai makan di Jalan Raja Uda, di sini malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Noorzainy Mohd Noor berkata dalam kejadian 10.15 malam itu, tiga lelaki terbabit yang berusia 20 hingga 28 tahun ke kedai berkenaan untuk berbincang dengan seorang daripada suspek yang sebelum ini meminjam wang daripada mangsa.

“Seorang daripada suspek itu meminjam sejumlah wang daripada mangsa bulan lepas dan sehingga semalam masih gagal membayar balik hutang menyebabka­n lelaki berkenaan (mangsa) menghubung­inya untuk berbincang,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata, ketika perbincang­an itu tercetus pertengkar­an sebelum suspek bersama beberapa lagi bertindak menyerang mangsa dan dua rakannya menggunaka­n kerusi dan parang.

Noorzainy berkata, ketigatiga mangsa yang mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan akibat dipukul dan ditetak oleh lapan suspek terbabit dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk mendapatka­n rawatan.

“Mangsa yang dirawat di HSJ itu adalah lelaki yang memberikan pinjaman kepada suspek dan dia mengalami kecederaan bawah lutut kanan dan lengan kiri akibat ditetak serta patah kaki kanak serta patah pergelanga­n kiri. Dua rakannya cedera lebam dan luka di kepala serta tangan,” katanya.

Mengulas perkembang­an lain, Noorzainy berkata seorang lelaki yang mengalami kecederaan parah ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di tepi jalan di Taman Dedap, Mak Mandin di sini kira-kira jam 3 pagi semalam. Katanya mangsa yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri ditemui dengan beberapa kesan tetakan pada lengan kanan dan luka di bahagian hidung serta mata kiri. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia