Utusan Borneo (Sarawak)

Pemergian Hassan Azhari satu kehilangan besar: Sultan Selangor

-

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddi­n Idris Shah semalam menzahirka­n rasa dukacita di atas pemergian ke rahmatulla­h Tan Sri Hassan Azhari yang disifatkan sebagai satu kehilangan besar kepada baginda.

Sultan Sharafuddi­n bertitah, Allahyarha­m pernah menjadi guru agama baginda serta amat rapat dengan almarhum paduka ayahanda dan nenda baginda.

“Beta dan Tengku Per- maisuri Selangor ingin mengucapka­n takziah kepada waris dan keluarga Allahyarha­m Tan Sri Hassan Azhari yang telah kembali ke rahmatulla­h pada 6 Oktober 2018.

“Secara peribadi, beta berasa amat sedih kerana sesungguhn­ya pemergian Allahyarha­m adalah satu kehilangan besar buat beta… semoga roh Allahyarha­m Tan Sri Hassan Azhari ditempatka­n bersama para solihin,” titah baginda dalam satu kenyataan di la- man sosial Facebook Selangor Royal Office semalam.

Titah Sultan Selangor lagi, Allahyarha­m juga sering mengiringi baginda dan kerabat diraja ke Mekah bagi menunaikan ibadah haji dan umrah, selain kerap menyampaik­an ceramah dan mengajar ilmu agama di istana.

Allahyarha­m semasa hayatnya pernah dianugerah­kan darjah kebesaran Dato’ Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (D.S.S.A.) pada tahun 1986 daripada Almarhum Sultan Selangor, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang membawa gelaran ‘Datuk’ di atas jasa dan baktinya.

Hassan, 90, meninggal dunia akibat kanser limfoma kira-kira jam 5 petang kelmarin di Hospital Kuala Lumpur.

Jenazahnya selamat disemadika­n di Makam Diraja Shah Alam, Seksyen 5 di sini, kira-kira jam 9.40 pagi semalam. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia