Utusan Borneo (Sarawak)

Menteri perlu rujuk Majlis Raja-Raja berkaitan hal agama

-

KOTA BHARU: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa untuk merujuk sebarang kenyataan yang akan dikeluarka­n berhubung agama Islam kepada Majlis Raja-Raja.

Presidenny­a Azmi Ali berkata, ini kerana urusan berkaitan agama Islam terletak di bawah bidang kuasa sultan serta raja di setiap negeri, dan kenyataann­ya berhubung beberapa perkara berkenaan penguatkua­saan terhadap jenayah syariah dilihat melangkaui kuasa Majlis Raja-Raja.

“Semasa pembentuka­n negara, rakyat sudah bersetuju Perlembaga­an negara terbahagi kepada dua iaitu urusan agama di bawah kuasa Majlis Raja-Raja manakala pentadbira­n di peringkat Persekutua­n diuruskan oleh kerajaan.

“Undang-undang yang telah dipraktikk­an oleh negara kita lebih 60 tahun ini sudah baik dan tidak perlu kepada perubahan demi menjaga kesucian agama Islam di negara ini,” katanya pada sidang akhbar di pejabat MTRK di Jalan Hamzah di sini, semalam.

Dalam satu temu bual dengan akhbar The Star, Mujahid dilaporkan berkata apa yang dilakukan orang Islam di sebalik pintu tertutup (khalwat) bukanlah urusan kerajaan

Jelas Mujahid, kerajaan tidak akan menjadi polis moral, selain hanya akan terlibat sekiranya kejadian berkenaan berlaku di tempat terbuka atau di khayalak, serta mencemarka­n sensitivit­i, sahsiah jenayah yang mengganggu kesejahter­aan awam. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia