Utusan Borneo (Sarawak)

Pahang akan teruskan operasi cegah maksiat

-

PEKAN: Pahang akan teruskan usaha cegah maksiat seperti biasa, termasuk melalui serbuan ke kediaman atau premis lain seperti hotel bagi mencegah perlakuan tidak bermoral, titah Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Titahnya, apa yang penting ialah sebarang tindakan penguatkua­saan tidak boleh dibuat secara melulu, sebaliknya perlu dilaksanak­an dengan mematuhi garis panduan undang-undang, seperti mendapat kelulusan polis dan pihak berkuasa tempatan.

Baginda bertitah demikian ketika ditanya pemberita mengenai laporan media yang memetik kenyataan Menteri Agama Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa bahawa tiada lagi ketukan pintu di tengah malam atau pintu dipecahkan oleh pegawai agama jika mendapat laporan khalwat atau aktiviti lain yang menyalahi ajaran Islam.

“Itu pandangan menteri... tetapi di peringkat negeri khususnya Pahang kita akan teruskan (penguatkua­saan) dan diperhalus­i serta lebih berhemah supaya kita dapat membendung jenayah syariah,” titahnya selepas perasmian bengkel catur siri 1/2018 bagi pelajar sekolah peringkat negeri Pahang di Hotel Ancasa dekat sini semalam.

Sementara itu, Tengku Abdullah yang juga Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) bertitah programpro­gram kesedaran agar masyarakat menjauhi semua bentuk jenayah syariah akan diperbanya­kkan.

“Program kesedaran ini lebih sesuai, malah lebih baik dari hukuman. Kita mahu mendidik dan bukan hanya menghukum. Saya harap ia dapat membantu terutamany­a golongan muda patuh kepada agama serta menjauhi maksiat atau jenayah syariah lain,” titahnya. — Bernama SERDANG: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa semua rakyat untuk tidak berhenti daripada belajar kerana pendidikan adalah kerja sepanjang hayat.

Perdana menteri berusia 93 tahun itu berkata Malaysia mahu terus maju dan diiktiraf sebagai negara maju sepenuhnya dan untuk mencapai tujuan itu rakyat negara ini perlu terdidik sepenuhnya.

“Hari ini pendidikan bukan sekadar belajar tentang sejarah atau kesusaster­aan tetapi lebih kepada belajar tentang sains baharu yang merevolusi­kan industri di dunia.

“Malah perniagaan pada masa ini terkesan oleh teknologi baharu, Oleh itu, adalah penting untuk belia Malaysia dilatih.

“Jadi tolonglah jangan berhenti belajar, pendidikan adalah kerja sepanjang hayat kerana apa yang saya tahu ijazah yang saya peroleh pada1954 sudah tidak lagi relevan pada masa kini.

“Kita sentiasa perlu bergerak ke depan, dan untuk bergerak ke depan kita perlu membangunk­an pengetahua­n baharu,” katanya pada majlis konvokesye­n ketiga Universiti Perdana di sini, semalam.

Perdana menteri turut menggesa golongan muda untuk ambil tahu apa yang berlaku di dalam negara termasuk isu politik.

“Tidak semestinya anda terlibat sepenuhnya dalam politik tetapi anda perlu tahu apa yang berlaku di dalam negara dan sekurang-kurangnya anda patut mengundi dalam pilihan raya,” katanya.

Pada majlis konvokesye­n itu, Dr Mahathir yang juga Canselor pengasas Universiti Perdana dianugerah­i Ijazah Doktor Falsafah Kehormat bagi Keamanan Global dan Perdamaian Nasional manakala isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dianugerah­i Ijazah Doktor Falsafah Kehormat bagi Pembanguna­n Wanita dan Masyarakat. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia