Utusan Borneo (Sarawak)

Sejak hari pertama lagi Anwar bijak menawan pengundi Port Dickson dengan lawatan ke Kuil Sikh petang penamaan

-

PORT DICKSON: Tempoh berkempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson memasuki minggu kedua dengan kejutan pengumuman Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad akan turun padang berkempen bersama calon parti berkenaan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Justeru, Anwar, 71, begitu teruja dengan kedatangan Perdana Menteri ketujuh itu dan akan dijadualka­n berkongsi pentas berucap pada Isnin malam selepas 20 tahun.

“Kalau beliau hadir inilah kali pertama saya kembali satu pentas dan kita akan gegarkan Port Dickson setelah 20 tahun,” katanya semasa berucap pada majlis minum petang bersama komuniti nelayan di Kampung Telok Kemang di sini kelmarin.

Anwar, dengan reputasi sebagai bekas Timbalan Perdana Menteri dan Ketua Umum PKR, dilihat mempunyai kelebihan, dengan jentera parti yang diketuai Pengarah Pilihan Raya PH Aminuddin Harun bertungkus- lumus menyusun program antara tujuh hingga 10 program sehari bermula dari pagi sehingga tengah malam.

Malah, sejak hari pertama lagi Anwar bijak menawan hati pengundi pelbagai kaum di Port Dickson dengan lawatan ke Kuil Sikh petang hari penamaan lagi, selain ke pesta tanglung, menyampaik­an tazkirah di masjid, dan juga program kebudayaan masyarakat India mengikut jadual program.

Gelagatnya yang menari seperti mendiang superstar filem Tamil M.G.R. di atas pentas pada pesta kebudyaaan masyarakat itu tentunya menarik perhatian kaum India menunjukka­n betapa dekatnya mereka di hati Anwar.

Jadual kempen Anwar diatur cukup baik yang mana biasanya beliau akan bermula seawal 8.00 pagi dengan bersarapan dan mengadakan tinjauan mesra di lokasi-lokasi tumpuan orang ramai di pusat bandar atau kawasan berhampira­n.

Pada tengah hari dan petang Anwar mengadakan program ramah mesra dan santai dengan penduduk tempatan, manakala sebelah malam beliau mengadakan ceramah di dua atau tiga lokasi yang biasanya berakhir tengah malam.

Dalam beberapa siri ceramahnya, Anwar yang telah dipersetuj­ui menggantik­an Tun Dr Mahathir sebagai perdana menteri kelapan membawakan pelbagai isu antara mengenai masalah kewangan negara, tujuan beliau bertanding di Port Dickson dan perkara yang akan dilakukan jika dipilih menjadi wakil rakyat kawasan itu.

Beliau juga menuntut pengundi di Port Dickson untuk

Dalam pilihan raya kalau menang satu undi juga dikira sebagai menang, tapi kalau saya menang nanti dengan majoriti kecil, malulah saya. Ada ramai pihak yang akan mengata saya nanti. Anwar Ibrahim Calon PH PRK Port Dickson

keluar mengundi beramairam­ai pada 13 Okt ini dan memberikan kemenangan bergaya kepadanya yang juga Ketua Umum PKR.

“Dalam pilihan raya kalau menang satu undi juga dikira sebagai menang, tapi kalau saya menang nanti dengan majoriti kecil, malulah saya. Ada ramai pihak yang akan mengata saya nanti,” kata beliau dalam satu ceramahnya di Kampung Baharu, di sini baru-baru ini.

Sementara itu, enam calon lain yang bertanding dalam pilihan raya itu yang sebelum ini memulakan kempen sedikit perlahan berbanding Anwar, kini dilihat sudah mengatur program kempen masing-masing dengan baik terutama dua lawan utama Anwar iaitu calon Bebas bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Samad dan calon PAS Lt. Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar.

Empat lagi calon Bebas, bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan, personalit­i media sosial Stevie Chan Keng Leong, pakar perunding pengurusan Kan Chee Yuen dan bekas pensyarah universiti swasta Lau Seck Yan pula mengadakan program kempen yang agak terhad.

Faktor kewangan dan tiada jentera kempen menyebabka­n mereka terpaksa menumpukan kempen masing- masing kepada program santai dengan bertemu pengundi selain menyebarka­n risalah di lokasi-lokasi tumpuan.

“Ini kerana kita tiada banyak wang untuk buat program seperti ceramah umum melainkan turun dari satu tempat ke tempat berjumpa dengan pengundi,” kata Stevie Chan.

Mohd Isa, bekas menteri besar Negeri Sembilan selama 22 tahun pula memilih untuk mengadakan kunjungan ke rumah pengundi kerana mendakwa lebih selesa dengan cara itu yang dianggapny­a lebih efektif.

Kehadiran Mohd Isa, yang hanya mengumumka­n untuk bertanding dua hari sebelum tarikh penamaan calon agak mengejutka­n kerana sebagai anggota UMNO beliau terpaksa meletakkan jawatan sebagai anggota parti untuk bertanding kerana UMNO sudah menyatakan mereka memboikot PRK berkenaan.

Mohd Saiful Bukhari pula melancarka­n tabung dan merayu sumbangan daripada orang ramai untuk membantuny­a meneruskan kempen sehingga hari pengundian 13 Okt ini, sehingga kini, beliau sudah mengumpul RM2,500.

Dua lagi calon Bebas, Lau, yang satu-satunya calon wanita dan menggunaka­n logo arnab dan Kan, yang menggunaka­n logo pen dilihat tidak begitu agresif, kemungkina­n kerana jentera kempen yang kecil dan sederhana tanpa majlis ceramah.

Dari segi ‘perang bendera dan poster’ pada PRK ini, jelas agak hambar apabila hanya beberapa kawasan kecil sahaja dilihat memacakkan bendera merah Pakatan Harapan dan bendera hijau PAS.

Kerusi Parlimen Port Dickson dikosongka­n penyandang­nya Datuk Danyal Balagopal Abdullah, pada 12 Sept lepas bagi membolehka­n Anwar yang baru-baru ini menang tanpa bertanding jawatan Presiden PKR, bertanding dan kembali ke Dewan Rakyat.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14, Mei lepas, Danyal Balagopal, 68, memenangi kerusi itu dengan majoriti 17,710 undi mengalahka­n calon Barisan Nasional Datuk V.S.Mogan dan Mahfuz Roslan daripada PAS.

Parlimen Port Dickson memiliki 75,770 pengundi berdaftar yang layak mengundi pada PRK ini, yang terdiri daripada 43 peratus pengundi Melayu, Cina (33 peratus), India (22 peratus) dan lain-lain kaum (dua peratus). — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TANDATANGA­N: Ketua Umum PKR dan juga Calon Pakatan Harapan P132 Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim menurunkan tanda tangannya pada sebuah bola sempena Perlawanan Tujuh Sebelah Piala YB Ravi 2018 di Padang Merdeka, semalam.
— Gambar Bernama TANDATANGA­N: Ketua Umum PKR dan juga Calon Pakatan Harapan P132 Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim menurunkan tanda tangannya pada sebuah bola sempena Perlawanan Tujuh Sebelah Piala YB Ravi 2018 di Padang Merdeka, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? CALON PKR: Anwar berucap pada Program Minum Petang bersama warga nelayan di Kampung Nelayan, Teluk Kemang, semalam.
— Gambar Bernama CALON PKR: Anwar berucap pada Program Minum Petang bersama warga nelayan di Kampung Nelayan, Teluk Kemang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia