Utusan Borneo (Sarawak)

Lille sentap Saint-Etienne 3-1, ekori rapat PSG di tangga kedua Ligue 1

-

PARIS, Perancis: Pemain muda Lille, Johathan Bamba, menjaringk­an dua gol ke atas bekas kelabnya, Saint Etienne untuk membantu kelab menang 3-1, sekali gus merapatkan jurang di belakang pendahulu Ligue 1 Perancis, Paris Saint Germain ( PSG) Sabtu lepas.

Lille, yang mengelak penyingkir­an liga di akhir musim lepas, kini empat mata di hadapan Saint Etienne selepas memberikan sedikit tekanan ke atas PSG, yang bermain lewat menentang Lyon.

Lille mencipta kemenangan kedua berturuttu­rut selepas menewaskan Marseille 3- 0 minggu lepas tetapi jurulatihn­ya, Christophe­r Galtier tidak mahu pujian awal dan sasaran memburu tiga tangga teratas liga dan kelayakan ke Liga JuaraJuara musim hadapan.

“Saya berpuas hati dengan prestasi pasukan pada dua perlawanan terakhir ini,” kata beliau.

“Permulaan ini tidak dijangkaka­n tetapi selera itu ada ketika lapar. Saya mempunyai pemain muda dan apabila anda masih muda, anda berselera besar.

“Merekaperl­umengekalk­an selera ini, tanpa terlalu gemuk, terus kekal cergas. Mata yang kami kutip dan apabila ada masa nanti kami kurang mengutip mata, mata yang kami kutip sebelum ini memberikan sokongan kepada kami.”

Bamba membuka jaringan pada minit ke-17 selepas menerima umpanan Loic Remy.

Remy Cabella bagaimanap­un mengikat kedudukan buat Saint Etienne dari satu tendangan penalti sembilan minit kemudian namun Bamba meletakkan Lille kembali di hadapan pada minit pertama selepas rehat dan umpanan Nicolas Pepe.

Bamba, yang meninggalk­an saint Etienne untuk ke Lille tanpa yuran perpindaha­n pada penutup musim, sekarang sudah menjaringk­an tujuh gol dari sembilan penampilan untuk kelab baharunya.

Kemenangan keempat dari lima perlawanan dilengkapk­an pada lewat permainan dengan Bamba melakukan larian dari bahagian tengah sebelum mengumpan bola kepada Pepe untuk melakukan penyudah.

Pada perlawanan lain, Lebo Mothiba menjaringk­an dua gol ketika Strasbourg­h seri 2-2 di Angers sementara Guingamp kekal di tangga tercorot liga selepas diikat 1-1 oleh Montpellie­r. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia