Utusan Borneo (Sarawak)

Spurs benam Cardiff 1-0 hasil jaringan Dier sekali gus akhiri kemarau gol sejak April 2017 pada aksi liga

-

LONDON, England: Pengurus Manchester United, Jose Mourinho, menarik nafas lega selepas pasukannya bangkit sebelum menewaskan Newcastle United 3-2 hasil gol kemenangan lewat Alexis Sanchez sementara Tottenham Hotspur juga bangkit dari kekecewaan di Eropah dengan kemenangan tipis ke atas Cardiff City dalam aksi Liga Perdana Inggeris Sabtu lepas.

Mourinho mengharung­i permulaan musim terburuk buat United dalam tempoh 29 tahun ekoran perhubunga­n buruk dengan bintang tengah, Paul Pogba dan beberapa pemain utama lain.

Satu laporan Jumaat lalu mendakwa pengurusan United sudah hilang sabar dengan suasana tegang dalam bilik persalinan dan akan memecat Mourinho tidak kira apa jua keputusan ketika menentang Newcastle.

Namun satu sumber kanan United menafikan sekerasker­asnya cadangan di mana Mourinho akan dipecat pada hujung minggu dengan menegaskan beliau masih mendapat sokongan lembaga pengarah ekoran beberapa keputusan buruk.

W a l a u - pun undian keyakinan i t u , i a k e - lihatan se- makin

b u -

Saya berusia 55 tahun. Ini adalah kali pertama saya menjadi buruan. Terlalu banyak keburukan dalam sesuatu yang

indah.” seharusnya Jose Mourinho Pengurus Manchester United

r u k b u a t Mourinho apabila Newcastle mendahului 2-0 pada 10 minit pertama perlawanan di Old Trafford.

Tetapi United melancar- kan kebangkita­n luar biasa dan Sanchez, yang sentiasa bermula di bangku simpanan oleh Mourinho, dimasukkan untuk menjaringk­an gol kemenangan selepas Juan Mata dan Anthony Martial mengikat kedudukan buat United.

Kemenangan pertama United dari lima perlawanan dalam semua pertanding­an itu mungkin memberikan ruang kelegaan yang diperlukan Mourinho menjelang rehat bola sepak antarabang­sa.

“Saya berusia 55 tahun. Ini adalah kali pertama saya menjadi buruan. Terlalu banyak keburukan dalam sesuatu yang seharusnya indah,” kata Mourinho ketika merujuk kepada pengkritik­nya. “Saya boleh menanganin­ya. Beberapa pemain, walaupun mereka bukan menjadi sasaran, gagal menanganin­ya. “Setiap bola dalam kotak penalti kami seperti bakal s a t u g o l a t a u beberapa kesilapan, satu keputusan buruk, ia menyebabka­n pasukan jadi cemas. “Pada masa rehat, kami bersuara dan pasukan yang keluar pada separuh masa kedua adalah berbeza semangat, berbeza kepercayaa­n dan memberikan segala-galanya untuk kemenangan.”

Ditanya jika spekulasi akan berhenti, Mourinho menambah: “Tidak. Saya akan ke London sekarang dan jika ia hujan esok di London, maka ia salah saya.”

United ketinggala­n seawal minit ketujuh apabila Kenedy melepasi pertahanan United dengan mudah untuk mendapatka­n umpanan Ayoze Perez sebelum mengelecek pemain United, Ashley Young dan merembat ke pintu gol.

Keadaan kelihatan menjadi lebih buruk tiga minit kemudian apabila Newcastle sekali lagi mendedahka­n kerapuhan benteng pertahanan United dengan gol kedua yang dijaringka­n Yoshinori Muto.

Cemuhan kedengaran di Old Trafford pada masa rehat dan Mourinho, yang kelihatan semakin terdesak, melakukan pertukaran keduanya di masa rehat dengan Marouane Fellaini dimasukkan mengganti Scott McTominay.

United akhirnya mempamerka­n aksi yang lebih bagus dan lancar dengan Mata merapatkan kedudukan pada minit ke-70 dari satu tendangan percuma cantik sebelum Martial mengikat kedudukan enam minit kemudian.

Sanchez melengkapk­an kebangkita­n United dengan gol kemenangan minit ke-90.

Di Wembley, Tottenham bangkit dari kekalahan 2-4 kepada Barcelona dalam aksi Liga Juara-Juara pada pertengaha­n minggu dengan menewaskan Cardiff City 1-0 untuk naik ke tangga ketiga liga.

Pengurus Cardiff, Neil Warnock, berseloroh di mana beliau akan menurunkan 10 pemain pertahanan dalam usaha mengawal Newcastle dan beliau mungkin berasa kesal kerana tidak mengotakan kata,” katanya apabila Spurs membuka jaringan seawal minit kelapan.

Davinson Sanchez melihat tandukanny­a dihadang Joe Bennett dan bola muntah ke kaki Eric Dier, yang tidak mensia-siakan peluang untuk menjaringk­an gol pertama beliau sejak April 2017.

Cardiff kehilangan seorang pemain apabila Joe Ralls dibuang padang selepas terjahan keras ke atas Lucas Moura pada minit ke- 58 dengan Warnock naik berang kerana pemain Spurs termasuk kapten England, Harry Kane, mengelilin­gi pengadil untuk mendesak kad merah diberikan ke atas Ralls.

“Saya tidak fikir ia membantu apabila anda dikeliling­i 15 pemain. Saya juga fikir beliau ( Kane) tidak perlu melakukann­ya,” kata Warnock. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? GEGAR JARING: Dier (kanan) melepaskan rembatan sebelum menjaringk­an gol buat Spurs pada aksi liga di Stadium Wembley, London Sabtu lepas.
— Gambar AFP GEGAR JARING: Dier (kanan) melepaskan rembatan sebelum menjaringk­an gol buat Spurs pada aksi liga di Stadium Wembley, London Sabtu lepas.
 ?? — Gambar AFP ?? JARINGAN KEMENANGAN: Sanchez meraikan jaringanny­a ketika membantu United menewaskan Newcastle pada perlawanan liga di Old Trafford, Manchester pada Sabtu lepas.
— Gambar AFP JARINGAN KEMENANGAN: Sanchez meraikan jaringanny­a ketika membantu United menewaskan Newcastle pada perlawanan liga di Old Trafford, Manchester pada Sabtu lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia