Utusan Borneo (Sarawak)

Lopetegui menegaskan terlalu awal persoal tentang masa depannya bersama Real

-

VITORIA, Sepanyol: Jurulatih Real Madrid, Julen Lopetegui menegaskan ia adalah terlalu awal untuk mempersoal­kan tentang masa depan beliau walaupun Real mengalami satu lagi kejutan, kali ini di tangan Alaves dalam aksi La Liga Sepanyol, menyebabka­n mereka kini empat perlawanan tanpa menang Sabtu lepas.

Ia juga empat perlawanan tanpa gol buat juara Eropah, tempoh kemarau gol paling lama kelab sejak 1985, ketika Manu Garcia menjaringk­an gol tunggal kemenangan minit ke-95 untuk memastikan pesta kegembiraa­n di Stadium Mendizorro­tza.

Ia adalah kali pertama Alaves menewaskan Real Madrid di tempat sendiri dalam tempoh 87 tahun.

Penyokong Alaves juga menceroboh masuk ke dalam padang untuk meraikan kemenangan itu dan bersorak begitu lama selepas tamat permainan.

Bagi Real, ia satu lagi kekecewaan besar dan apa yang lebih buruk, Gareth Bale dan Karim Benzema, penyerang utama mereka, terpaksa meninggalk­an padang kerana kecederaan.

Bale tidak dapat diturunkan ketika Real tewas kepada CSKA Moscow Selasa lepas kerana kecederaan.

Ini bermakna Barcelona boleh menjarakka­n kedudukan di singahsana liga dengan tiga mata jika menewaskan Valencia pada perlawanan lewat sementara permulaan cemerlang Alaves musim ini menyaksika­n mereka naik ke tangga ketiga dan berkongsi mata dengan Real.

Lopetegui ditanya Jumaat lepas jika beliau berasa tertekan di kelab selepas dipecat sebagai jurulatih Sepanyol, sehari sebelum sepak mula Piala Dunia 2018 di Rusia.

“Ia menarik minta anda tetapi ia bukan soalan yang merisaukan saya,” kata Lopetegui.

“Kami tahu ia lumrah kehidupan sebagai jurulatih, terutama sekali di Real Madrid tetapi kami juga tahu ia masih di bulan Oktober dan anda harus mengekalka­n perspektif dan tidak gelabah.”

Kapten Real, Sergio Ramos, juga menyokong kata-kata jurulatihn­ya dengan berkata: “Orang lain yang membuat keputusan tetapi ia tidak begitu bagus untuk cepat menukar jurulatih,” katanya. “Ia pastinya keputusan gila.”

Thibaut Courtois menggantik­an Keylor Navas di pintu gol Real dan menjadi punca gol kemenangan Alaves apabila gagal menangani satu hantaran lintang, membolehka­n Garcia menanduk ke pintu gol yang terbuka luas.

Penyokong di belakang pintu gol mengeluark­an sepanduk bertulis “Sebuah kelab menjadi hebat kerana kejuaraann­ya tetapi kerana penyokongn­ya”.

Kira-kira 19,000 penyokong di sini mungkin melihat pasukan mereka menewaskan Real Madrid di Santiago Bernabeu pada 2000 tetapi tidak di tempat sendiri. Pad 1931 di mana ia kali terakhir berlaku.

“Saya berasa sangat bangga,” kata Garcia. “Ia adalah hari yang paling indah dalam kehidupan sukan saya.” — AFP

 ??  ?? LOPETEGUI
LOPETEGUI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia