Utusan Borneo (Sarawak)

Ronaldo, Bentancur pastikan Juve raih kemenangan ke-10 berturut-turut

-

MILAN, Itali: Juventus terus mengekalka­n permulaan sempurna mereka musim ini dengan 10 kemenangan berturut- turut apabila gol dalam separuh masa pertama oleh Rodrigo Bentancur dan Cristiano Ronaldo memastikan kemenangan 2- 0 di Udinese dalam aksi Serie A Itali Sabtu lepas.

Juventus, yang memburu kejuaraan liga yang kelapan berturut-turut, mengumpul 24 mata maksima dari lapan perlawanan Serie A dan dua perlawanan pertama Liga Juara-Juara. Mereka kini berkelebih­an sembilan mata dari pencabar terdekat, Napoli, yang bermain lewat menentang Sassuolo.

Bentancur menjaringk­an gol pertamanya sejak menyertai Juventus pada musim lepas sementara Ronaldo kini menjaringk­an empat gol sejak perpindaha­n dari Real Madrid.

“Dari pandangan teknikal, ini adalah salah satu permainan terbaik kami, mencipta banyak peluang dan tidak memberikan ruang kepada lawan,” kata jurulatih Juventus, Massimilia­no Allegri.

“Ini adalah kali pertama musim ini di mana kami mengharung­i dua perlawanan tanpa bolos dan ia adalah sesuatu yang positif. Hari ini, kami melakukan hantaran bola dengan lebih baik dan pantas.”

Juventus menguasai 30 minit pertama tetapi hanya membuka jaringan pada minit ke-33 dari satu serangan pantas dengan Bentancur menyempurn­akan umpanan Joan Cancelo.

Empat minit kemudian, Mario Mandzukic merampas bola dalam kotak penalti sebelum mengumpan kepada Ronaldo untuk menambah jaringan.

Udinese tidak bernasib baik untuk merapatkan kedudukan apabila rembatan Antonin Barak terkena palang dan satu cubaan Kevin Lasangna sempat ditendang keluar sebelum melepasi garisan pintu gol Juventus.

Pada perlawanan lain, Steven Nzonzi membantu AS Roma menang 2-0 di Empoli, sekali gus melonjak kelab ke tangga ketiga sebelum perlawanan lain.

Nzonzi menyempurn­akan tendangan percuma Lorenzo Pellegrini untuk membuka jaringan sembilan minit sebelum rehat.

Empoli tidak bernasib baik menjaringk­an gol penyamaan apabila tendangan percuma Ismael Bennacer terkena palang selain satu tendangan penalti Francesco Caputo melambung tinggi.

Edin Dzeko melengkapk­an jaringan buat Roma dari satu hantaran Stephan El Shaarawy.

“Apa yang paling penting ialah kami kembali mencipta kemenangan,” kata Dzeko.

“Ia bukan satu tempoh yang mudah tetapi kami berusaha gigih untuk mengharung­inya. Kami sekarang sudah menang empat perlawanan berturuttu­rut sebelum rehat bola sepak antarabang­sa.”

Cagliari mencipta kemenangan pertama mereka di tempat sendiri musim ini apabila menewaskan Bologna 2-0 menerusi gol Joao Pedro dan Leonardo Pavoletti. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? CERIA: Ronaldo (dua kanan) meraikan jaringanny­a bersama rakan sepasukan pada perlawanan Serie A Itali di antara Udinese di Stadium Dacia Arena, Udine Sabtu lepas.
— Gambar AFP CERIA: Ronaldo (dua kanan) meraikan jaringanny­a bersama rakan sepasukan pada perlawanan Serie A Itali di antara Udinese di Stadium Dacia Arena, Udine Sabtu lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia