Utusan Borneo (Sarawak)

Menembak: Ras Adiba optimis bakal melakukan terbaik di Jakarta

-

JAKARTA: Personalit­i televisyen, Ras Adiba Radzi menggalas cabaran Malaysia pada Sukan Para Asia 2018 bagi acara menembak optimis melakukan yang terbaik dalam penyertaan julung kalinya itu.

Ras Adiba, 50, menyertai acara rifle 10 meter itu berharap dapat menyumbang­kan pingat untuk negara selain mengintai peluang beraksi di Sukan Paralimpik 2020 di Tokyo.

“Banyak jenis sukan saya sertai sebelum ini, tetapi saya mula fokus latihan sukan menembak sejak dua tahun lepas di bawah program Majlis Sukan Negara (MSN) dan berjaya melepasi mata kelayakan minima untuk penyertaan ke Sukan Para Asia,” katanya ketika ditemui pada majlis sambutan rasmi kontinjen-kontinjen menyertai sukan itu di Perkampung­an Sukan di Kemayoran, di sini kelmarin.

Personalit­i popular televisyen itu terbabit kemalangan pada 1996 sehingga terpaksa menjalani pembedahan tulang belakang dan kemudianny­a disahkan lumpuh separuh badan pada Julai 2002.

Malaysia menghantar 110 atlet lelaki dan 29 wanita menyertai 15 daripada 18 sukan dipertandi­ngkan pada temasya itu dengan sasaran 15 pingat emas menyamai pencapaian pada Sukan Para Asia di Incheon Korea Selatan 2014.

Sukan Para Asia 2018 berlangsun­g dari 6 hingga 13 Oktober ini menawarkan 568 pingat emas disertai 39 negara.

Sukan Para Asia diadakan selepas Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 yang berlangsun­g 18 Ogos sehingga 2 September lepas. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia