Utusan Borneo (Sarawak)

Ramai atlet muda berbakat mampu diketengah­kan: Lee

-

MIRI: Bukan mudah menjadi atlet profesiona­l seperti Pandelela Renong atau Datuk Lee Chong Wei namun ia tidak bererti Malaysia ketandusan atlet berbakat.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Lee Kim Shin menyuaraka­n keyakinan masih ramai atlet muda berbakat mampu diketengah­kan.

“Mereka (Pandelela dan Chong Wei) sampai ke tahap sekarang kerana usaha dan komitmen terhadap bidang sukan diceburi sejak bertahun-tahun.

“Kesungguha­n mereka ini perlu menjadi tauladan dan contoh kepada atlet-atlet muda supaya mengejar cita-cita mereka sehingga ke tahap profesiona­l,” katanya pada Majlis Penutupan Kejo- hanan Renang Cabaran Piala Datuk Lee Kim Shin di sini semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin itu berkata, tidak kira apa jenis sukan disertai anak-anak sejak kecil, ibu bapa perlu memberi sokongan moral dan semangat kepada mereka.

“Jika anak-anak minat terhadap sukan renang, maka ibu bapa harus memberi sokongan dan dorongan dalam usaha melahirkan atlet profesiona­l,” ujarnya.

Pada masa sama, beliau memuji inisiatif penganjur mengasah dan mengilap bakat-bakat baharu pada kejohanan tersebut.

“Kita juga menyasarka­n lebih ramai atlet renang berkelas dunia dari Miri dan untuk tujuan itu, kita mahu lebih banyak penyertaan perenang pada edisi akan datang,” jelasnya.

Lee menarik perhatian bahawa Miri merupakan kuasa besar dalam sukan renang selepas melahirkan ramai atlet mewakili negeri.

“Harapan kita adalah untuk melahirkan atlet-atlet pelapis dalam sukan renang kerana ada kalangan atlet kebangsaan tidak lagi beraksi disebabkan foktor usia,” katanya.

Sementara itu, kejohanan itu disertai seramai 137 atlet dari 17 sekolah rendah dan tujuh sekolah menengah termasuk dua dari tadika.

Hadir sama Pengurus Besar Wilayah Miri Naim Land Sdn Bhd, Patrick Kong, Pengurus Naim Clubhouse, Thadeus Sim dan Kapitan Ngieng Hok Diing.

 ??  ?? TAHNIAH: Lee (dua kiri) menyampaik­an piala kepada atlet renang SJK Chung Hua Miri selepas mengunggul­i kategori sekolah rendah pada Kejohanan Renang Cabaran Piala Datuk Lee Kim Shin di Miri semalam.
TAHNIAH: Lee (dua kiri) menyampaik­an piala kepada atlet renang SJK Chung Hua Miri selepas mengunggul­i kategori sekolah rendah pada Kejohanan Renang Cabaran Piala Datuk Lee Kim Shin di Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia