Utusan Borneo (Sarawak)

AXIS FC mengukuhka­n kedudukan selaku pendahulu K-League 2018

-

KUCHING: AXIS FC mengukuhka­n kedudukan selaku pendahulu K-League 2018 selepas mencatatka­n kemenangan selesa dengan 3-1 menewaskan UiTM Sarawak FC pada perlawanan di Padang D, Petra Jaya di sini kelmarin.

UiTM Sarawak FC terlebih dahulu membimbing perlawanan menerusi jaringan Mohd Shahrol Haqimi Sarbini pada minit ke-26. Bagaimanap­un, Sufizal Ismail berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke44.

Zulikhsan Salleh menambah gol kedua AXIS FC pada minit ke-49 sebelum Sufizal melengkapk­an kemenangan 3-1 dengan gol keduanya pada minit ke-85.

Dalam satu lagi perlawanan di Stadium Sarawak, Petra Jaya di sini kelmarin, Enraz FC dan Rzurf Excellent berkongsi satu mata selepas terikat 2-2.

Mohd Sahzwan meletakkan Enraz FC di depan dengan jaringan pada minit ke-11.

Rzurf Excellent enggan mengalah dan membalas dengan dua gol menerusi Abdul Hadi Anwar pada minit ke- 60 dan Mohd Shafiq Ahmad minit ke-88.

Mohd Effendi Junaidi meleburkan impian tiga mata Rzurf Excellent dengan menjaringk­an gol penyamaan Enraz pada masa kecederaan (90+3).

Terdahulu, berlangsun­g penyerahan tajaan oleh Rzurf Excellent kepada skuad Kasika CF yang mewakili Sarawak dalam acara futsal pada Liga Sukan Untuk Semua (LiSUS) Peringkat Kebangsaan 2018 berlangsun­g di Putrajaya pada 11 hingga 14 Oktober ini. KUCHING: Puller dari Sabah, Joffey Jolly meraih gelaran ‘Mr Siniawan Cowboy’ apabila memenangi acara Juara Antara Juara pada Pertanding­an Gusti Lengan sempena Pesta ‘Koboi’ Siniawan 2018.

Pertanding­an diadakan di Pekan Siniawan, Bau dekat sini malam Sabtu lalu menyaksika­n Joffey menewaskan Nizar Yusof dari Putrajaya.

Joffey merupakan juara bagi kategori lelaki 80 kilogram (kg) ke bawah manakala Nizar juara lelaki 80kg ke atas.

Menjuarai kategori masingmasi­ng mereka menerima wang tunai RM1,000, pingat dan sijil setiap seorang.

Kategori lelaki 80kg ke atas turut menyaksika­n Jolly Johnson (Sabah) berada di kedudukan kedua disusuli Hariz Joseph (Sarawak) dan tempat keempat Jacklis (Sarawak).

Tempat kedua bagi kategori lelaki 80kg ke bawah dimenangi Abdul Razak (Putrajaya) disusuli Lee Yong Sheng (Melaka) dan di tempat keempat Jong Chi Joon (Sarawak).

Masing-masing menerima RM700, RM500 dan RM200 berserta pingat dan sijil.

Bagi kategori terbuka wanita,

 ??  ?? UNTUK KENANGAN: Miro, Zil dan Matthew bersama pemenang Pertanding­an Gusti Lengan sempena Pesta‘Koboi’Siniawan 2018.
UNTUK KENANGAN: Miro, Zil dan Matthew bersama pemenang Pertanding­an Gusti Lengan sempena Pesta‘Koboi’Siniawan 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia