Utusan Borneo (Sarawak)

Cabaran hidup legenda kung fu Bruce Lee dalam filem biografi ‘Bruce Lee, My Brother’ di TV2

-

BRUCE Lee merupakan legenda kungfu terkenal yang dilahirkan pada 27 November 1940 dan meninggal pada usia yang muda iaitu 20 Julai 1973 sewaktu berumur 32 tahun.

Banyak filem-filem lakonan mendiang yang masih diingati sehingga kini. Tidak kurang juga yang dalam kalangan orang ramai yang ingin mengetahui latar belakang figura yang satu ini.

Ianya dikongsika­n Radio Televisyen Malaysia (RTM) dengan tayangan filem biografi Bruce Lee bertajuk ‘Bruce Lee, My Brother’ pada 11 Oktober ini, jam 9.30 malam mengisi slot Golden Dragon di TV2.

Dihidupkan wataknya oleh Aarif Lee atau Aarif Rahman, pelakon kelahiran Hong Kong berdarah kacukan Melayu, Arab dan Cina, filem ini turut menampilka­n dua bintang lain iaitu Karen Mok dan Tony Leung Ka- Fai yang akan berperanan sebagai orang tua Bruce Lee. Filem ini diarahkan oleh Yip Wai-Man.

Filem biografi Kantonis ini mengisahka­n kehidupan seorang legenda kung fu bernama Bruce Lee yang dilahirkan di San Francisco. Beberapa bulan kemudian keluarga Lee kembali semula ke Hong Kong. Masih lagi bayi, Bruce Lee kemudianny­a tampil di Golden Gate Girl pada tahun 1941 dan ketika berumur 9 tahun beliau membintang­i filem ‘The Kid’ dengan nama Lee Xiao Long.

Bruce Lee tidak menyerlah dalam bidang akademik di sekolah tetapi dihormati oleh rakan-rakan sebagai seorang pelakon muda yang telah membintang­i beberapa filem. Bruce Lee dan rakan-rakan baiknya bernama Kong dan Unicorn selalu terlibat dalam pergaduhan kecil.

Seterusnya beliau mempelajar­i gaya kung fu Wing Chun dan dapat mengalahka­n seorang peninju hebat Amerika dari sekolah lain. Apabila Bruce Lee mengetahui Kong telah menjadi seorang penagih dadah, beliau bersama rakan-rakannya menyerang sarang pengedar dadah untuk menyelamat­kan Kong dan dikejar oleh pengedar dadah serta pihak polis.

Untuk menyelamat­kan nyawa Bruce Lee, bapanya terpaksa menghantar beliau ke Amerika untuk meneruskan pengajiann­ya. Lalu apakah kesudahann­ya?

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonny­a menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my) dan aplikasi rtm mobile.

 ??  ?? WATAK UTAMA: Filem ‘Bruce Lee, My Brother’ lakonan Aarif Rahman.
WATAK UTAMA: Filem ‘Bruce Lee, My Brother’ lakonan Aarif Rahman.
 ??  ?? BARISAN PELAKON: Pelakon utama filem ‘Bruce Lee, My Brother’.
BARISAN PELAKON: Pelakon utama filem ‘Bruce Lee, My Brother’.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia