Utusan Borneo (Sarawak)

Polis Turki percaya Arab Saudi bunuh wartawan terkemuka

-

OUAGADOUGO­U: Enam anggota polis maut dalam satu serangan hendap dengan sebuah alat letupan buatan sendiri di utara Burkina Faso, manakala seorang lagi anggota pasukan keselamata­n terkorban dalam satu letupan di timur negara, kata sumber keselamata­n kelmarin.

Serangan pertama berlaku lewat Jumaat lepas ke atas konvoi polis di bandar Solle dekat sempadan dengan Mali.

“Kenderaan yang mendahului melanggar bom periuk api dan enam maut,” kata satu sumber, yang menambah konvoi itu kemudian diserang hingga mencederak­an beberapa anggota lain.

Sumber keselamata­n lain berkata, sekurang-kurangnya enam anggota polis terkorban dalam serangan Jumaat lepas, dan menambah usaha mencari penyerang sedang dijalankan di kawasan kejadian.

Dalam kejadian berasingan, seorang anggota pasukan keselamata­n Burkina Faso terbunuh lewat kelmarin manakala seorang lagi cedera apabila sebuah alat yang sama meletup di bandar timur Pama, menurut sumber keselamata­n.

Penduduk tempatan berkata, serangan udara sedang dijalankan di hutan sekitar Pama yang dikenali di wilayah itu sebagai tempat perlindung­an bagi pelampau dan perompak.

Negara Afrika itu kerap menyaksika­n serangan pelampau sejak awal 2015 terutamany­a di utara dan timur negara.

Menurut kiraan rasmi yang diterbitka­n pada bulan lepas, serangan sedemikian sudah mengorbank­an 118 orang setakat ini, 70 daripadany­a orang awam.

Pada Khamis lepas, enam askar turut terkorban di timur negara dalam keadaan yang sama.

Pada minggu lepas pembangkan­g mengadakan demonstras­i di ibu negara Ouagadougo­u untuk menunjukka­n rasa tidak puas hati dengan kegagalan kerajaan untuk membendung serangan yang semakin kerap berlaku. — AFP ISTANBUL: Polis Turki percaya pengkritik dan wartawan terkemuka dari Arab Saudi, Jamal Khashoggi, telah dibunuh di dalam misi Saudi di Istanbul selepas dia hilang Selasa lepas, menurut seorang pegawai kerajaan yang tidak dinamakan.

“Berdasarka­n penemuan awal mereka, polis percaya wartawan itu dibunuh oleh sebuah pasukan yang khususnya dihantar ke Istanbul dan meninggalk­an Turki pada hari yang sama,” kata pegawai itu kepada AFP kelmarin.

Ia dilaporkan beberapa jam selepas polis mengesahka­n kira- kira 15 warga Saudi, termasuk pegawai, tiba di Istanbul dengan dua penerbanga­n Selasa lepas dan berada di konsulat pada masa yang sama dengan Khashoggi.

Penyumbang kepada akhbar The Washington Post itu telah pergi ke konsulat untuk urusan pentadbira­n tetapi tidak keluar-keluar daripada bangunan tersebut, kata polis kepada agensi berita kerajaan Anadolu.

Selepas menjalanka­n siasatan awal, Ankara mengumumka­n kelmarin ia sudah membuka siasatan rasmi berhubung kehilangan­nya.

Agensi Media Saudi, yang dikendalik­an oleh kerajaan dan memetik seorang pegawai yang tidak dinamakan di konsulat Istanbul, menafikan laporan tentang pembunuhan Khashoggi.

“Pegawai itu menafikan sekeras- kerasnya dakwaan yang tidak berasas ini,” tulis agensi itu, dan menambah sepasukan penyiasat Saudi berada di Turki untuk bekerja bersama pihak berkuasa tempatan.

Dalam reaksinya kepada berita tentang pembunuhan yang didakwa, tunang wartawan itu dari Turki, Hatice Cengiz, berkata dalam Twitter bahawa dia tidak percaya dia telah dibunuh.

Dalam ruangannya, Khashoggi pernah mengkritik beberapa dasar Putera Mahkota Mohammed bin Salman di Arab Saudi serta campur tangan Riyadh dalam peperangan di Yaman.

Bekas penasihat kerajaan itu, yang berusia 60 tahun pada 13 Oktober, sudah hidup dalam buangan sendiri di Amerika Syarikat sejak tahun lepas untuk mengelak penangkapa­n.

Aktivis kebebasan media mengecam laporan tentang kemungkina­n Khashoggi telah dibunuh, dan Jawatankua­sa Melindungi Wartawan di New York memberi “laporan yang lengkap dan boleh dipercayai” bagi apa yang telah berlaku kepadanya di dalam konsulat.

Kumpulan Pemberita Tanpa Sempadan (RSF) berkata dalam Twitter, jika laporan mengenai kematian Khashoggi disahkan, ini adalah serangan ke atas kebebasan media yang dahsyat, amat dikesali dan sama sekali tidak dapat diterima.

Putera Mohammed berkata dalam satu wawancara dengan Bloomberg yang diterbitka­n Jumaat lepas bahawa wartawan itu sudah meninggalk­an konsulat dan pihak berkuasa Turki boleh memeriksa bangunan tersebut, yang merupakan wilayah berdaulat Saudi.

“Kami bersedia untuk mengalu-alukan kerajaan Turki untuk datang dan memeriksa premis kami,” kata baginda yang menambah “Kami akan membenarka­n mereka untuk masuk dan membuat pemeriksaa­n dan melakukan apa sahaja yang mereka mahu buat. Kami tidak ada apa-apa untuk disembunyi­kan”.

Putera mahkota Saudi juga berkata baginda faham Khashoggi telah memasuki konsulat tetapi kemudian “keluar selepas beberapa minit atau satu jam”.

“Kami menyiasat ini menerusi kementeria­n luar untuk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku ketika itu,” ujar baginda.

Menurut tunangnya Cengiz, Khashoggi telah melawat konsulat itu untuk menerima dokumen rasmi bagi perkahwina­n.

Kementeria­n Luar Turki pada Rabu lepas memanggil duta Arab Saudi berhubung isu itu.

Seorang jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat berkata: “Kami bukan dalam kedudukan untuk mengesahka­n laporan ini tetapi kami sedang mengikuti situasi ini dengan dekat.”

Khashoggi meninggalk­an Arab Saudi pada September 2017, beberapa bulan selepas Putera Mohammed dilantik untuk menjadi pewaris takhta, di tengah- tengah kempen yang menyaksika­n puluhan penentang ditangkap termasuk cendekiawa­n dan pendakwah Islam.

The Washington Post memilih untuk mengosongk­an ruangan bagi tulisan Khashoggi dalam edisi Jumaat untuk menyokong penulis yang hilang itu.

Dalam satu artikel yang diterbitka­n oleh Al-Jazeera pada minggu ini, wartawan dan penganalis­is Bill Law menggambar­kan Khashoggi sebagai “seorang wartawan yang cemerlang dengan minda yang amat bebas tetapi mempunyai pragmatism­e yang cukup untuk tahu batasannya”.

“Dia adalah suara kritikan bersebab dan kenyataan bijaksana yang harus didengari putera mahkota Saudi,” tulis Law, yang menyatakan dia sudah mengenali Khashoggi selama 16 tahun. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? BANYAK PERSOALAN: Seorang penunjuk perasaan membawa gambar Khashoggi semasa mengadakan protes di hadapan konsulat Arab Saudi di Istanbul, Jumaat lalu.
— Gambar Reuters BANYAK PERSOALAN: Seorang penunjuk perasaan membawa gambar Khashoggi semasa mengadakan protes di hadapan konsulat Arab Saudi di Istanbul, Jumaat lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia