Utusan Borneo (Sarawak)

Gempa bumi gegar Haiti

-

PORT- AU- PRINCE: Gempa bumi berukuran 5.9 melanda perairan pantai barat laut Haiti lewat kelmarin, mengorbank­an sekurang- kurangnya 11 orang dan menyebabka­n kerosakan kepada bangunan di negara Caribbean itu.

Pusat gempa terletak kira-kira 19 kilometer ke barat laut bandar Portde-Paix, Jabatan Tinjauan Geologi Amerika Syarikat melaporkan.

Jurucakap kerajaan Eddy Jackson Alexis memberitah­u AFP 11 orang setakat ini dilaporkan mati, tujuh daripada mereka di Portde-Paix, ibu kota wilayah Nord-Ouest di Haiti.

Empat lagi maut di bandar Gros-Morne, kira-kira 50 kilometer ke tenggara negara.

Gempa itu, yang dirasai di seluruh negara, berlaku pada jam 8.10 malam ( waktu tempatan) pada kedalaman 11.7 kilometer yang cetek.

Agensi perlindung­an awam Haiti berkata, dua gegaran susulan kecil dicatatkan, dan menambah tiada amaran tsunami dikeluarka­n berhubung aktiviti gempa itu.

Gegaran itu mengejutka­n ibu negara Port-de-Prince, yang mencetuska­n emosi di kalangan penduduk yang masih belum pulih daripada gempa bumi besarbesar­an pada 2010 yang mengorbank­an sekurangku­rangnya 200,000 orang dan mencederak­an 300,000 lagi.

“Sayamenasi­hatkanpopu­lasi untuk terus bertenang,” kata Presiden Jovenel Moise dalam Twitter, dan menambah pihak berkuasa tempatan dan wilayah membantu mereka yang memerlukan pertolonga­n dan kerosakan telah dilaporkan.

Perdana Menteri JeanHenry Ceant mengetuai sebuah pasukan petugas tindakan bencana antara kementeria­n, katanya dalam Twitter.

“Mangsa cedera sedang menerima rawatan di hospital kawasan,” kata agensi pelindunga­n awam lewat kelmarin, dan memberitah­u beberapa kecederaan dialami apabila orang ramai panik selepas gempa berlaku.

Agensi itu mengesahka­n beberapa rumah musnah atau rosak, tetapi tidak memberi perangkaan khusus.

Imej rumah rosak dan bangunan yang musnah sebahagian­nya diedarkan dalam media sosial, tetapi AFP tidak dapat segera mengesahka­n kesahihann­ya.

Wilayah Nord- Ouest merupakan bahagian paling daif di negara mundur Haiti, dan banyak kawasan yang terpencil disebabkan oleh keadaan jalan yang buruk.

Gempa berukuran 7.0 yang dahsyat pada Januari 2010 menyebabka­n lebih 1.5 juta orang kehilangan tempat tinggal.

Puluhan ribu masih tinggal di kem sementara.

Kerosakan yang berlaku dianggarka­n bernilai 120 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) di Haiti, negara paling miskin dalam hemisfera barat.

Pembinaan jangka lebih panjang dihambat oleh huru-hara politik di negara yang mempunyai hampir 11 juta penduduk, dan oleh wabak taun berdarah yang dibawa oleh anggota pengaman Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu dari Nepal yang dijangkiti penyakit itu setelah mereka dikerahkan selepas gempa berlaku. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia