Utusan Borneo (Sarawak)

PTKL diniagakan rendah minggu ini

-

KUALA LUMPUR: Pasaran Timah Kuala Lumpur (PTKL) dijangka diniagakan kurang menggalakk­an minggu ini berikutan pelabur menantikan hala tuju baharu dan insentif untuk mendorong pasaran lebih jauh.

Peniaga berkata dengan pengukuhan dolar AS dan ketegangan perdaganga­n yang berterusan antara AS dan China, pasaran menjadi turun naik dan tanpa mempunyai insentif baharu, minat peniaga terus merosot.

“S e j a k a k h i r J u n , kita jarang mencecah paras AS$ 20,000. Kita memerlukan rangsangan untuk mendorong pasaran b a g i m e n i n g k a t k a n permintaan,” katanya kepada Bernama.

Selain harga timah dipengaruh­i oleh prestasi logam itu di penanda aras Bursa Logam London ( LME), pengguna terbesar di dunia, China mengambil pendekatan tunggu dan lihat.

“Ada yang bersedia untuk keadaan paling teruk dan ini bukan petanda yang baik bagi mana- mana pasaran,” kata peniaga.

Harga PTKL dijangka berada antara AS$ 18,800 dan AS$ 19,000 minggu ini.

Bagi asas Jumaat kepada Jumaat, harga PTKL susut AS$ 30 kepada AS$ 18,920 satu tan dan jumlah dagangan bagi minggu ini naik kepada 204 tan daripada 170 tan minggu lepas.

Sementara itu, harga timah di LME merosot AS$ 95 kepada AS$ 18,950 satu tan.

Sepanjang minggu ini, permintaan belian adalah dari China, Korea Selatan, Jepun, Taiwan, Jerman, UK, Pakistan, dan Bangladesh.

Perbezaan harga antara PTKL dan LME bagi minggu baru berakhir berada pada diskaun AS$ 30 daripada premium AS$ 125 satu tan minggu lepas. — Bernama KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivative­s dijangka diniagakan rendah minggu ini berikutan sentimen lemah terhadap logam berharga itu, kata peniaga.

Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd Lee Pei Wan berkata pasaran dijangka menerima tekanan daripada pertumbuha­n ekonomi AS yang teguh dan dolar AS yang kukuh.

“Ini dijangka mengurangk­an peluang kepada pegangan logam berharga itu,” kata Lee kepada Bernama.

Bagi asas Jumaat kepada Jumaat, bulan semerta baharu Oktober 2018 meningkat 40 mata kepada RM160.70 segram, manakala November 2018 dan Disember 2018, masing- masing menambah 40 mata kepada RM160.70 dan RM161.00 segram.

Januari 2019 bersandar pada RM161.05 segram.

Jumlah dagangan mingguan susut kepada dua lot bernilai RM31,900 berbanding enam lot bernilai RM95,440, sebelum ini.

Kepentinga­n terbuka berkuranga­n kepada 25 kontrak daripada 31 kontrak. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia