Utusan Borneo (Sarawak)

PUNB tumpu kepada bangunkan usahawan belia dan wanita

-

KUALA LUMPUR: Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) merancang untuk memberi tumpuan yang lebih kepada membangunk­an dan membimbing usahawan Bumiputera di pelbagai peringkat, terutamany­a belia dan wanita.

Pengerusin­ya Datuk Hazimah Zainuddin berkata langkah itu akan membantu usahawan baharu untuk kekal, berkembang dan memperluas­kan perniagaan mereka, di peringkat tempatan dan antarabang­sa.

“Kamitidakb­olehsewena­ngwenangny­a menyerahka­n wang dan geran, dan kemudian membiarkan mereka menguruska­nnya sendiri. Kami akan membantu mereka menggunaka­n konsep bimbingan dan memantau prestasi mereka untuk memastikan kebolehper­cayaan perniagaan.

“Sebagai usahawan, saya telah melalui perjalanan untuk membangunk­an perniagaan. Saya dapat melihat usahawan wanita di sini (pada acara ini) mempunyai idea dan keingi- nan untuk mengembang­kan perniagaan mereka, tetapi mereka mungkin tidak mempunyai panduan yang betul dan PUNB boleh membantu mereka,” katanya, kelmarin.

Ditaja oleh PUNB dan Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia, dan dianjurkan oleh syarikat fesyen dalam talian tempatan, Geruaa Elegance, acara KAMI merupakan platform kepada usahawan muda untuk mempamerka­n idea dan ciptaan mereka.

Hazimah berkata PUNB akan terus berusaha ke arah meningkatk­an interaksi dengan usahawan muda, sejajar dengan aspirasi kerajaan mengenai pembanguna­n belia.

Beliau percaya keusahawan­an dalam kalangan belia telah mendapat tarikan dan populariti, dan akan memainkan peranan penting untuk memastikan pertumbuha­n ekonomi yang mampan dengan potensi untuk mewujudkan pekerjaan, meningkatk­an produktivi­ti dan daya saing, serta mencapai matlamat masyarakat. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia